13 March 2013

Hikmah

Assalamualaikum,

Wahai hati, sabarlah kamu :')
Bahagia itu memang mahal harganya. Sabarlah walaupun dilanda ombak dan badai dan percayalah akan hikmahNya.

Wahai hati, sabarlah kamu,
Walaupun mungkin orang-orang yang pernah ada dalam hidup kamu tidak kekal. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Put trust in Allah :)

Ya, saya pun mahu bahagia macam orang lain, tetapi bila dah bahagia, kenapa orang tu akan tinggalkan saya? :'(
Again, put trust in Allah. Apa yang dosa selalu dipandang manis di dunia. Kerana syurga mahal harganya.

Syafiqa, percayalah, Allah ingin kamu menjaga diri untuk seseorang yang istimewa :)
Sentiasalah muhasabah diri dan perbaiki diri ke arah menjadi khalifah yang solehah :)
Hey Mr i dont know who you are, i do believe you also prepare yourself to be a good khalifah right? ;)

Sabarlah wahai hati,
Mungkin banyak yang kita mahukan di dunia tetapi tidak kita dapati. Pandanglah hikmahNya. Syukurilah segala apa yang kita ada. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk merasai kebahagian daripada makhlukMu yang paling ku sayangi selain Allah dan Rasul iaitu kedua ibu bapaku, adik beradikku dan keluargaku :)

Sabarlah wahai hati,
Memang sahabat di kala senang senang dicari. Sahabat di kala susah susah pula dicari dan mahal harganya.
Saya redha jika ada sahabat yang tidak mengganggapku sebagai sahabatnya. Saya memang ada kekurangan dan mungkin inilah yang terbaik pada masa ini. Put trust in Allah, Syafiqa :')

Sahabat yang baik akan menjaga ikhtilat.
Sahabat yang baik akan menjaga hati kita dan sentiasa mengingatkan kita akan pencipta yang satu iaitu Allah.
Ini kerana sahabat yang baik itu tidak mahu melihat kita terseksa di akhirat kelak.

Sabarlah wahai hati :')

11 March 2013

Rindu

Assalamualaikum,

Hurm nak buat apa ye kalau kita rindu kan orang tu sangat-sangat? Berdoalah wahai hati!!!!

Saya rindu, saya rindu, saya rindu sangat pada makhluk Allah ni. Saya rindu oren. Kucing saya!!!

Ok tu dua bende yang berbeza, rindukan manusia dan rindukan kucing oren :)

Sebenarnya saya rindukan orang yang pernah "care" terhadap saya. Dari lepas matrik ke spm ek dia ada? Haha lupa. Tapi rasanya lepas matrik kot.

Saya rindu dia yang dulu :'(

Saya perlu "shield" diri saya daripada semua ni. Pada satu hari itu nanti, barulah saya akan wujudkan perasaan cinta tu kembali hanyalah pada insan yang bergelar suami :)

In shaa Allah panjang umur, akan la ada rezeki dan jodoh itu nanti.

Put trust in Allah dan bersangka baiklah dengan Allah.

Xoxo
Syafiqa

06 November 2012

People change, so does you

Assalamualaikum.

Agak menyedihkan bila orang yang kita harap akan bersama kita through thick and thin, tiba-tiba berubah. Berubah dari segi less caring, semua jadi less. Less spend time together. Semua dah jadi lain :(

I should prepare myself from the beginning to handle this problem. Sad huh? But that's life. I should be strong and be happy be unique. Be everything that i could think of.

You said you will never change, and you are you, you will still be the same no matter what. But you proves to me that, you've changed.

31 October 2012

Where should i go??

Assalamualaikum.
Hey rambles by fiqa! Haha cakap dengan blog sendiri. Btw memang dah sangatttt lama tak ber blogging kan. Really hope can be back on track :p one can only hope!

Lately, rasa macam kehilangan. Orang ke? Macam kehilangan sebahagian dari diri nie. Dan bila kita hilang sesuatu yang kita rasa susah sangat nak dapat balik. Or should i say it as impossible! Maka haruslah MOVE ON!!!

Move on! Tapi haruslah ada some guidelines agar memudahkan move on :( tapi susah! Kalau kongsi masalah dengan orang, kalau masalah yang sama je kita cakap, mesti mereka akan kata " dah dah la tu" . Mereka pun penat dengar the same thing all over again. Diri sendiri? Lagi la penat.

Move on! Sesetengah orang perlukan masa yang sedikit. Sesetengah, sampai sudah tak move on.

Ada satu tahap tu, sampai tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak kongsi dengan sesiapa dan tak tahu mahu lari ke mana. Penat! Sedih! Kecewa! Tak paham! Stress! Macam-macam perasaan bercampur baur.

Ingatlah Syafiqa! Life is too short to make you unhappy! This is just a small part of your life! Why so sad? InsyaAllah there are better things ahead :) inilah yang saya selalu lakukan. Pujuk hati sendiri. :')

Tapi ingatlah! Ceritalah segala-galanya pada Allah :') dan insyaAllah akan dapat ketenangan. Mengadu la! Banyak kali pun takpe :')

Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa selain bersabar dan pujuk diri sendiri. Yakinlah Syafiqa :) it is just the matter of time. Saya harap sangat saya dapat lalui bahagian ini dengan jayanya :) i really hope that one day, i can happily said that i already move on :) one can only hope :)

Dan bila macam ini, i started to compare myself with those less fortunate. Supaya kita lebih hargai erti hidup :')

21 August 2012

07 October 2011

Kenapa sesetengah orang...





Assalamualaikum,

Huuu sekarang memang sangat "senang" nak update blog :D Sangat senang :D

Ok straight to the point, kadang-kadang sy teringin nak jadi seseorang yang cakap main lepas je :P haha, yang boleh snap dan buat orang terdiam. Sentap. Macam, marah semarah marahnya, tapi masa tu je, pastu tak fikir dah. Means marah masa tu je dan move on. Tapi sy jenis orang yang kalau marah pendammmm dan pastu makan hati, jantung sorang2. Sangat la menyakitkan hati dan buat kita teringat ingat. Sapa yang rugi? Mestila sy sendiri

Tajuk, kenapa sesetengah orang...

... tak rasa apa2 bila mengambil kesempatan terhadap orang lain? Macam, bagai madu sepah dibuang. Bila perlu datang bukan main baik semua, tapi bila dah tak perlukan, tegur memang jangan harap. Ermmm, kalau sy, memang segan la nak mintak tolong dekat orang yang dah lama kita tak tegur. For me, have limits laaa. Untuk orang2 macam ni, memang dah boleh agaklah kalau diorang datang dekat sebab apa. Bukan sebab kita, tapi kepentingan yang kita ada. Menyedihkan kan?

... suka menyakitkan hati orang lain tanpa rasa bersalah. Haha ala2 suka cakap lepas, tanpa fikir perasaan orang. Tapi adakalanya, kita perlu cakap lepas, supaya orang tahu apa2 yang kita rasa. Supaya orang tak pijak kepala kita :D Tapi bila rasa perlu la, toksahla selalu, karang dibenci masyarakat :P hyperbola pulak...

... kata kawan, tapi tak sanggup berkorban. :P Bukanlah berkorban nyawa, cuma berkorban mungkin dari segi masa dan perhatian. Sekarang memang susah nak cari kawan sejati@sahabat@teman... Semua tu jumpa masa sekolah rendah dan menengah, alam universiti memang agak susah la. Kalau anda jumpa, memang bertuah :D Kata sahabat, tapi kawan sakit pun tak tau, tak prihatin la :P Janganlah terkejut kalau kawan anda cari kawan lain, kalau sikap anda cam tu.

... suka menganggap dan terima sesuatu tanpa selidik dulu. Haaa ni memang banyak berlaku dan boleh tengok dalam kehidupan seharian kita. Kita cepat sangat percaya dengan apa2 yang kita dengar tanpa kita selidik terlebih dahulu. Tak tengok pun, tapi terus percaya dan sebarkan. Haih baik2, jangan sampai kita lak dapat hasil pelaburan fitnah sudah. Apa2 cerita pun kita dengar, kalau boleh pastikan dulu sebelum percaya bulat2. DONT ASSUME!

... tak nak usaha tapi nak semua ada kat depan mata. Haha tipulah kalau tak pernah rasa cam tu. Tapi again, have limits la. Usaha kan tangga kejayaan. Memang la rasa susah la, berat la, sakit la, tapi tu semua akan dapat hasil betul? Dan hasilnya amat manis dan setimpal dengan usaha kita. Jangan la harap semua benda kena diberitahu. Cuba usaha dan cari sendiri :P

... tak tahu untuk menghargai sesuatu. Bila dapat sesuatu, cakap terima kasih tak? Tolongla, kat dunia semua benda ada harganya. Oleh itu, kalau orang tolong anda, cakap la terima kasih, dan pasti orang tu akan tersenyum dan rasa dihargai. Yela, kita akan hargai sesuatu tu selalunya masa benda tu dah hilang atau pergi meninggalkan kita kan? Pastu baru nak menyesal, kan? Janganlah. Hargailah orang yang tersayang dan barang2 yang anda sayang sebab ingatlah, semua tu tak kekal.

... mementingkan harta dan benda melebihi segalanya. Ya, memang hampir segala-galanya perlukan duit tapi duit bukanlah segala-galanya. Janganlah sebab harta boleh merosakkan perhubungan antara sahabat sebagainya. Sebelum apa2 berlaku, masing2 berdoalah supaya hubungan antara semua berjalan lancar dan jauhi dari segala pergaduhan. Zaman sekarang semua possible untuk berlaku. Jangan gelak bila berlaku kat orang lain, sebab bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa baru la rasa perit ke apa.

... pentingkan hal sendiri dan buat tak endah akan hal orang lain. Memang selalu je dengar "jangan jaga tepi kain orang lain". Tapi kalau dah contoh libatkan orang yang kita kenal, contohnya sahabat ke, mesti si sahabat tu mengharapkan ada yang sudi dengar atau defend dia. Tapi selalunya, apa yang sy nampak, orang selalu bersikap "biarlah tu hal dia, pandai2 la dia urus sendiri".

For me, tengok masalah tu macam mana, kalau orang yang menghadapi masalah tu memang tak nak kita campur, ok, janganlah memandai pulak. Tapi kalau orang yang menghadapi masalah tu, nampak macam perlukan seseorang, tolongla dia, janganlah bersikap tak endah. Orang selalu tak nak terlibat untuk kes yang pulaukan orang. Contoh kalau sorang tu kena pulak, semua tak nak tolong dia, sebab takut kena tempias@kena dipulaukan sekali. Ermmmm

Semua perkara di atas, pernah terjadi pada diri sendiri :P dan sy percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Memang penat jumpa dengan macam2 jenis orang dan kena tolerate dengan macam2 jenis perangai TAPI semua ni buat sy lebih matang dan lebih tabah menghadapi cabaran akan datang. Yela kalau dah biasa sangat deal@berhadapan dengan orang2 macam ni, mesti lama2 dah tak rasa apa2 kan :D And yes, no one perfect in this world except out Prophet, Nabi Muhammad S.A.W.

Janganlah dekati sy sebab nak donut nie...



atau sebab nak cupcake nie


tapi dekatilah sy sebab

sy sendiri. Kerana sy ialah sy dan sy juga makhluk Allah di muka bumi ini.

Sebelum akhiri entri ni, nak cakap jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca luahan hati sy yang sebelum ni :D terima kasih sebab bagi komen yang menaikkan semangat dan bersikap prihatin. Sangat terharu dan menghargai anda2 semua :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


03 October 2011

Tak semua yang anda nak, boleh dapat kan?




Assalamualaikum, Wow sejak masuk semester baru nie, jarang sangat update blog =_=". Kat bilik memang tak boleh bukak homepage blogger.com, ermmm sodih2. Nie kat library :P ops, haha.

Sekarang saya dah bergelar pelajar tahun kedua :D cepat je masa berlalu. Masa berlalu, banyak yang berubah, tempat, persekitaran dan tak lupa kawan. Kawan pun sedikit sebanyak berubah. Saya rindukan my first year :'( Masa awal2 masuk uni. Kawan? Ermmmm, saya ada kawan baik kat upm dan uitm. Tapi kat sini, saya ada gak kawan, dan saya anggap mereka tu sebagai kawan rapat saya. Tapi bila saya sakit mereka tak kisahkan pun dan sebenarnya tak perasan langsung.

Pelik, dan rupa-rupanya, mereka anggap saya sebagai kawan biasa je. Sedih? Sangat sedih, sebab i thought we were more than that, like a close friends. Itulah, syok sendiri, haha. Apa2 pun, dalam hidup nie, kena sentiasa bersederhana. Jangan lebih2 sebab nanti kita lak yang sedih. Dan saya percaya, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Ingatlah, Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita. Dan benda yang terjadi akan buat saya lebih kuat dan tabah :D Dalam masa yang sama, ada je kawan kat sini yang sangat care about me :D Thank you my friend!!!

"
At some point you will realize that you have done too much for someone, that the only next possible step to do is to STOP! Leave them alone. Walk away. It’s not like you’re giving up, and it’s not like you shouldn’t try. It’s just that you have to draw the line of determination from desperation. What is truly yours will eventually be yours, and what is not, no matter how hard you try, will never be"

Btw move on and keep moving on :D Now i in love with Bruno Mars' song title IT WILL RAIN and Joe Brooks' title These Broken hands of Mine. :D Lupakanlah masalah itu.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa