24 March 2015

Working life?

Assalamualaikum.

MasyaAllah how i miss writing and rambling about life at this blog. Me, being a chipsmore, sometimes there but sometimes puff just vanish.

My status?

I just started working. Happy first month of working Syafiqa :D never thought that i will be working, before this i always felt that i am still young, just a student, not ready to work. :p 

And now, alhamdulillah adapting to a new environment, working life!!! At first i felt so miserable coz there are alot of things that i didnt know. But actually that is normal, you cant expect yourself to run when you are just learning to stand up and walk. :p

Maybe i just expecting too much from myself. Now, alhamdulillah getting better. No doubt i miss my student life, way different than working life of course. The responsibility is different. 

Friends? 

Friends. I miss my friends so much. My uni friends! Hope the feeling is mutual :p. We do whatsapping? Izit whatsapping? Haha, yeah we do wa each other sometimes. 

And lately i went out with Syahirah my bff, haha with her, everything will be funny and yeah both of us cant stop laughing even about the smallest and simplest thing haha. Hope our friendship will last till jannah :) aminn. 

Traveling? 

I just went back from Japan. This is my second time to Japan, before this i went to Osaka, Kyoto and Nagoya but this time we (me, my mum and my sis) went to Tokyo!!! It was a very short trip + escape because we are there for about 5 days only plus another two days spent in the aeroplane, the day we go and went back :p

However, on the bright side, all of us enjoyed ourselves there as almost everyday we ate sushi, tempura & sashimi! Thanks to Nadirah that recommended us to eat at Sushi Zanmai, Tsukiji Market. I can still imagine the taste till now!! So amazingly delicious!! Haha and till now the three of us didnt feel like eating sushi anymore yeah had it enough for now coz almost a week we ate sushi! 


Looking forward for my next adventure in May 2015! Ouh my!!! May Allah ease my working life and everything that i do!! Aminnn. 

Xoxo
Syafiqa :) 


02 July 2013

Rezeki



Assalamualaikum

Hee lama betul tak menulis.. tak mau la cakap sorry kat blog, sebab bila sorry buat lagi dan lagi dan lagi :D 

Saya sebenarnya rasa nak menulis bila marah, sedih, kecewa dan masa perlukan semangat. Tujuan tulis rasanya untuk pujuk diri sendiri kot haha :D Sebab contohla kalau tulis pasal kemarahan tentang sesuatu, last-last akan cuba berfikiran positif dan tulis hikmah di sebaliknya :D yeah pujuk diri..

Rezeki... kita mesti percaya dengan rezeki masing-masing. Ianya dah ditetapkan tapi jangan lupa, usaha itu perlu. Sebab Allah dah janji, orang yang usaha, akan berjaya. Toksahlah nak duk saje.

Rezeki... banyak yang saya dah lalui, yang saya nak tulis dalam blog. Supaya sampai satu masa, saya boleh baca balik dan hargai apa-apa yang saya ada, yang saya lalui :D saya boleh gelak balik atau pun nangis dengan membaca cerita sendiri #eh :D

Rezeki... sebenarnya cita-cita saya dari kecik ialah nak jadi doktor.. Dari kecik telah didedahkan dengan doktor. Bukan sebab selalu sakit, tapi sebab mak saya ialah a medical doctor :D so proud of my mom.. tapi sayang, masa saya kat MRSM Taiping, tak belajar elok-elok. Tak dapat capai cita-cita saya yang saya impikan dari kecik. nangis :'( menyesal? tipula kalau tak menyesal.. 

Rezeki... bila kita tak dapat, kita akan tengok siapa yang lebih bertuah, yang dapat apa yang kita nak. Sesetengah daripada mereka nampak biasa-biasa sahaja. Tapi saya percaya mesti mereka usaha lebih :) dan dapat jadi doktor. Heee tipula kalau tak jeles... Alhamdulillah, ibu bapa saya tak pernah nak paksa saya untuk jadi apa. Sebab kalau paksa, rata-rata saya tengok, akhirnya kalau dia dapat pun jadi apa yang telah dipaksa tu, tapi end up, dah dapat ijazah, dia quit. Sebab bukan cita-cita dia, tapi cita-cita parents.. sayangkan.. lagi satu kes, dia dapat jadi, tapi sentiasa masalah, kena extend la dan lain2. 

Rezeki... ada yang amik medic tapi qualification yang lagi kurang dari saya. Ada yang pernah tanya, kenapa saya tak amik je medic kat mana-mana ipts. Bagi saya, kalau SPM pun tak boleh nak score, hurm medic lagi la berganda-ganda susahnya. Bukan berputus asa tapi tengokla dari awal potensi diri. Sedih memang sedih...rezeki di tempat lain :')

Rezeki... kita selalu tengok rezeki yang ada pada orang. Tapi rezeki kita, kita selalu terlepas pandang dan tidak bersyukur. Dan apabila rezeki itu ditarik, barulah kita menyesal sebab tak bersyukur. Rezeki ini banyak, keluarga, kesihatan, keselesaan, keselamatan, cukup makan dan lain-lain :) rezeki ini macam nikmat la kan?

Rezeki... in the end of the day. Memang saya menyesal sebab tak belajar rajin-rajin :'( tapi saya percaya, ini yang terbaik untuk saya. :) Kalau saya amik medic, mungkin saya tak dapat jumpa keluarga selalu kot hehe.. tak dapat jalan-jalan sana sini. Hee.. kalau saya amik medic, saya tak dapat apa yang saya dapat sekarang :D tapi sesiapa yang amik medic, please buat betul-betul which i know you are trying your best. Please jangan quit bila dah dapat your certificate. Please. 

Rezeki... saya sebenarnya isteri dia #eh haha ok ok berbalik kepada topik. Saya sebenarnya mempertaruhkan masa depan dengan memilih bidang yang saya tak pernah dengar pun pada mulanya... HARTANAH. Yang tiada kaitan langsung dengan Sains. Tapi haluan saya pada mulanya nampak mudah :') sem pertama dapat dean's list dan alhamdulillah setiap tahun dapat dean's list walaupun ada sem yang tak dapat. Sebab satu tahun ada dua sem. Faham ke ek :P Doakan saya dapat first class degree!!! Harap sangat!!! Amin amin.

Buku vs Cendol? =_="

Rezeki... saya mula menyukai bidang ini sebab apabila orang tanya saya amik kos ape. Selepas memberitahu, mereka akan kata, jutawan la saya. :') Sangat suka dengan doa tu. Amin amin.. tapi saya mula menangis sebab bidang ini apabila di tahun akhir. Iaitu sekarang :'( sebab berhadapan dengan Projek Sarjana Muda(PSM) aka final year project(fyp). Susahnya nak puaskan hati orang dengan kerja kita. Sebab apa yang saya beri ialah satu idea ataupun satu kajian yang akan membantu dalam memperbaiki sesuatu. Oleh itu, banyak yang perlu dibaca, banyak yang perlu dibetulkan. 

Sebelum balik cuti semester, jumpa dengan supervisor. Dia banyak memberi tunjuk ajar, tapi mungkin kerana dia mengatakan markah saya agak rendah untuk PSM 1, terus saya rasa down. Masa supervisor tengah menunjukkan kesalahan saya satu persatu dalam kertas kerja saya buat, air mata mengalir. Lepas tu terus laju dan saya pulak yang dah tak boleh cakap sebab nangis. Malu sangat nangis depan supervisor. Dan supervisor kata, masa dia buat phd lagi la susah dan setiap hari nangis. 

Rezeki... takpe la.. saya akan buat yang terbaik. Saya tahu saya agak malas nak membaca, tapi minat membaca tu, alhamdulillah datang jugak. Mungkin sebab saya nak tahu dan nak tahu. Tapi becinta jugak la nak cari bahan bacaan yang membantu, betul-betul membantu.

Sekarang, harapan saya ialah nak menamatkan apa yang saya mulakan iaitu complete my degree with a first class degree. Sangat berharap!!! Sebab mungkin itu boleh memujuk hati saya balik dan dapat membuatkan kedua ibu bapa saya bangga dengan kejayaan saya :') Tapi ibu bapa sentiasa bangga dengan anak-anak mereka kan :') 

Habis exam, so it's holiday!
Rezeki... ingatlah rezeki kita lain-lain, mungkin apa yang kita nampak hanya luaran yang menyenangkan, indah, tetapi dalaman? Hanya Allah sahajalah yang tahu :') Rezeki kita? InsyaAllah ada, jika kita percaya :') dan juga usaha. Usaha, berdoa dan apa-apa selepas itu tawakal... redha dengan ketentuannya :')


Nur Syafiqa Aiman... it's ok to be whatever you want to be, as long as you believe in it :') and always try your very best in whatever you want to do :) -mama


xoxo
Syafiqa







13 March 2013

Hikmah

Assalamualaikum,

Wahai hati, sabarlah kamu :')
Bahagia itu memang mahal harganya. Sabarlah walaupun dilanda ombak dan badai dan percayalah akan hikmahNya.

Wahai hati, sabarlah kamu,
Walaupun mungkin orang-orang yang pernah ada dalam hidup kamu tidak kekal. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Put trust in Allah :)

Ya, saya pun mahu bahagia macam orang lain, tetapi bila dah bahagia, kenapa orang tu akan tinggalkan saya? :'(
Again, put trust in Allah. Apa yang dosa selalu dipandang manis di dunia. Kerana syurga mahal harganya.

Syafiqa, percayalah, Allah ingin kamu menjaga diri untuk seseorang yang istimewa :)
Sentiasalah muhasabah diri dan perbaiki diri ke arah menjadi khalifah yang solehah :)
Hey Mr i dont know who you are, i do believe you also prepare yourself to be a good khalifah right? ;)

Sabarlah wahai hati,
Mungkin banyak yang kita mahukan di dunia tetapi tidak kita dapati. Pandanglah hikmahNya. Syukurilah segala apa yang kita ada. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk merasai kebahagian daripada makhlukMu yang paling ku sayangi selain Allah dan Rasul iaitu kedua ibu bapaku, adik beradikku dan keluargaku :)

Sabarlah wahai hati,
Memang sahabat di kala senang senang dicari. Sahabat di kala susah susah pula dicari dan mahal harganya.
Saya redha jika ada sahabat yang tidak mengganggapku sebagai sahabatnya. Saya memang ada kekurangan dan mungkin inilah yang terbaik pada masa ini. Put trust in Allah, Syafiqa :')

Sahabat yang baik akan menjaga ikhtilat.
Sahabat yang baik akan menjaga hati kita dan sentiasa mengingatkan kita akan pencipta yang satu iaitu Allah.
Ini kerana sahabat yang baik itu tidak mahu melihat kita terseksa di akhirat kelak.

Sabarlah wahai hati :')

11 March 2013

Rindu

Assalamualaikum,

Hurm nak buat apa ye kalau kita rindu kan orang tu sangat-sangat? Berdoalah wahai hati!!!!

Saya rindu, saya rindu, saya rindu sangat pada makhluk Allah ni. Saya rindu oren. Kucing saya!!!

Ok tu dua bende yang berbeza, rindukan manusia dan rindukan kucing oren :)

Sebenarnya saya rindukan orang yang pernah "care" terhadap saya. Dari lepas matrik ke spm ek dia ada? Haha lupa. Tapi rasanya lepas matrik kot.

Saya rindu dia yang dulu :'(

Saya perlu "shield" diri saya daripada semua ni. Pada satu hari itu nanti, barulah saya akan wujudkan perasaan cinta tu kembali hanyalah pada insan yang bergelar suami :)

In shaa Allah panjang umur, akan la ada rezeki dan jodoh itu nanti.

Put trust in Allah dan bersangka baiklah dengan Allah.

Xoxo
Syafiqa

06 November 2012

People change, so does you

Assalamualaikum.

Agak menyedihkan bila orang yang kita harap akan bersama kita through thick and thin, tiba-tiba berubah. Berubah dari segi less caring, semua jadi less. Less spend time together. Semua dah jadi lain :(

I should prepare myself from the beginning to handle this problem. Sad huh? But that's life. I should be strong and be happy be unique. Be everything that i could think of.

You said you will never change, and you are you, you will still be the same no matter what. But you proves to me that, you've changed.

31 October 2012

Where should i go??

Assalamualaikum.
Hey rambles by fiqa! Haha cakap dengan blog sendiri. Btw memang dah sangatttt lama tak ber blogging kan. Really hope can be back on track :p one can only hope!

Lately, rasa macam kehilangan. Orang ke? Macam kehilangan sebahagian dari diri nie. Dan bila kita hilang sesuatu yang kita rasa susah sangat nak dapat balik. Or should i say it as impossible! Maka haruslah MOVE ON!!!

Move on! Tapi haruslah ada some guidelines agar memudahkan move on :( tapi susah! Kalau kongsi masalah dengan orang, kalau masalah yang sama je kita cakap, mesti mereka akan kata " dah dah la tu" . Mereka pun penat dengar the same thing all over again. Diri sendiri? Lagi la penat.

Move on! Sesetengah orang perlukan masa yang sedikit. Sesetengah, sampai sudah tak move on.

Ada satu tahap tu, sampai tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak kongsi dengan sesiapa dan tak tahu mahu lari ke mana. Penat! Sedih! Kecewa! Tak paham! Stress! Macam-macam perasaan bercampur baur.

Ingatlah Syafiqa! Life is too short to make you unhappy! This is just a small part of your life! Why so sad? InsyaAllah there are better things ahead :) inilah yang saya selalu lakukan. Pujuk hati sendiri. :')

Tapi ingatlah! Ceritalah segala-galanya pada Allah :') dan insyaAllah akan dapat ketenangan. Mengadu la! Banyak kali pun takpe :')

Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa selain bersabar dan pujuk diri sendiri. Yakinlah Syafiqa :) it is just the matter of time. Saya harap sangat saya dapat lalui bahagian ini dengan jayanya :) i really hope that one day, i can happily said that i already move on :) one can only hope :)

Dan bila macam ini, i started to compare myself with those less fortunate. Supaya kita lebih hargai erti hidup :')

21 August 2012

07 October 2011

Kenapa sesetengah orang...





Assalamualaikum,

Huuu sekarang memang sangat "senang" nak update blog :D Sangat senang :D

Ok straight to the point, kadang-kadang sy teringin nak jadi seseorang yang cakap main lepas je :P haha, yang boleh snap dan buat orang terdiam. Sentap. Macam, marah semarah marahnya, tapi masa tu je, pastu tak fikir dah. Means marah masa tu je dan move on. Tapi sy jenis orang yang kalau marah pendammmm dan pastu makan hati, jantung sorang2. Sangat la menyakitkan hati dan buat kita teringat ingat. Sapa yang rugi? Mestila sy sendiri

Tajuk, kenapa sesetengah orang...

... tak rasa apa2 bila mengambil kesempatan terhadap orang lain? Macam, bagai madu sepah dibuang. Bila perlu datang bukan main baik semua, tapi bila dah tak perlukan, tegur memang jangan harap. Ermmm, kalau sy, memang segan la nak mintak tolong dekat orang yang dah lama kita tak tegur. For me, have limits laaa. Untuk orang2 macam ni, memang dah boleh agaklah kalau diorang datang dekat sebab apa. Bukan sebab kita, tapi kepentingan yang kita ada. Menyedihkan kan?

... suka menyakitkan hati orang lain tanpa rasa bersalah. Haha ala2 suka cakap lepas, tanpa fikir perasaan orang. Tapi adakalanya, kita perlu cakap lepas, supaya orang tahu apa2 yang kita rasa. Supaya orang tak pijak kepala kita :D Tapi bila rasa perlu la, toksahla selalu, karang dibenci masyarakat :P hyperbola pulak...

... kata kawan, tapi tak sanggup berkorban. :P Bukanlah berkorban nyawa, cuma berkorban mungkin dari segi masa dan perhatian. Sekarang memang susah nak cari kawan sejati@sahabat@teman... Semua tu jumpa masa sekolah rendah dan menengah, alam universiti memang agak susah la. Kalau anda jumpa, memang bertuah :D Kata sahabat, tapi kawan sakit pun tak tau, tak prihatin la :P Janganlah terkejut kalau kawan anda cari kawan lain, kalau sikap anda cam tu.

... suka menganggap dan terima sesuatu tanpa selidik dulu. Haaa ni memang banyak berlaku dan boleh tengok dalam kehidupan seharian kita. Kita cepat sangat percaya dengan apa2 yang kita dengar tanpa kita selidik terlebih dahulu. Tak tengok pun, tapi terus percaya dan sebarkan. Haih baik2, jangan sampai kita lak dapat hasil pelaburan fitnah sudah. Apa2 cerita pun kita dengar, kalau boleh pastikan dulu sebelum percaya bulat2. DONT ASSUME!

... tak nak usaha tapi nak semua ada kat depan mata. Haha tipulah kalau tak pernah rasa cam tu. Tapi again, have limits la. Usaha kan tangga kejayaan. Memang la rasa susah la, berat la, sakit la, tapi tu semua akan dapat hasil betul? Dan hasilnya amat manis dan setimpal dengan usaha kita. Jangan la harap semua benda kena diberitahu. Cuba usaha dan cari sendiri :P

... tak tahu untuk menghargai sesuatu. Bila dapat sesuatu, cakap terima kasih tak? Tolongla, kat dunia semua benda ada harganya. Oleh itu, kalau orang tolong anda, cakap la terima kasih, dan pasti orang tu akan tersenyum dan rasa dihargai. Yela, kita akan hargai sesuatu tu selalunya masa benda tu dah hilang atau pergi meninggalkan kita kan? Pastu baru nak menyesal, kan? Janganlah. Hargailah orang yang tersayang dan barang2 yang anda sayang sebab ingatlah, semua tu tak kekal.

... mementingkan harta dan benda melebihi segalanya. Ya, memang hampir segala-galanya perlukan duit tapi duit bukanlah segala-galanya. Janganlah sebab harta boleh merosakkan perhubungan antara sahabat sebagainya. Sebelum apa2 berlaku, masing2 berdoalah supaya hubungan antara semua berjalan lancar dan jauhi dari segala pergaduhan. Zaman sekarang semua possible untuk berlaku. Jangan gelak bila berlaku kat orang lain, sebab bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa baru la rasa perit ke apa.

... pentingkan hal sendiri dan buat tak endah akan hal orang lain. Memang selalu je dengar "jangan jaga tepi kain orang lain". Tapi kalau dah contoh libatkan orang yang kita kenal, contohnya sahabat ke, mesti si sahabat tu mengharapkan ada yang sudi dengar atau defend dia. Tapi selalunya, apa yang sy nampak, orang selalu bersikap "biarlah tu hal dia, pandai2 la dia urus sendiri".

For me, tengok masalah tu macam mana, kalau orang yang menghadapi masalah tu memang tak nak kita campur, ok, janganlah memandai pulak. Tapi kalau orang yang menghadapi masalah tu, nampak macam perlukan seseorang, tolongla dia, janganlah bersikap tak endah. Orang selalu tak nak terlibat untuk kes yang pulaukan orang. Contoh kalau sorang tu kena pulak, semua tak nak tolong dia, sebab takut kena tempias@kena dipulaukan sekali. Ermmmm

Semua perkara di atas, pernah terjadi pada diri sendiri :P dan sy percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Memang penat jumpa dengan macam2 jenis orang dan kena tolerate dengan macam2 jenis perangai TAPI semua ni buat sy lebih matang dan lebih tabah menghadapi cabaran akan datang. Yela kalau dah biasa sangat deal@berhadapan dengan orang2 macam ni, mesti lama2 dah tak rasa apa2 kan :D And yes, no one perfect in this world except out Prophet, Nabi Muhammad S.A.W.

Janganlah dekati sy sebab nak donut nie...



atau sebab nak cupcake nie


tapi dekatilah sy sebab

sy sendiri. Kerana sy ialah sy dan sy juga makhluk Allah di muka bumi ini.

Sebelum akhiri entri ni, nak cakap jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca luahan hati sy yang sebelum ni :D terima kasih sebab bagi komen yang menaikkan semangat dan bersikap prihatin. Sangat terharu dan menghargai anda2 semua :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


03 October 2011

Tak semua yang anda nak, boleh dapat kan?




Assalamualaikum, Wow sejak masuk semester baru nie, jarang sangat update blog =_=". Kat bilik memang tak boleh bukak homepage blogger.com, ermmm sodih2. Nie kat library :P ops, haha.

Sekarang saya dah bergelar pelajar tahun kedua :D cepat je masa berlalu. Masa berlalu, banyak yang berubah, tempat, persekitaran dan tak lupa kawan. Kawan pun sedikit sebanyak berubah. Saya rindukan my first year :'( Masa awal2 masuk uni. Kawan? Ermmmm, saya ada kawan baik kat upm dan uitm. Tapi kat sini, saya ada gak kawan, dan saya anggap mereka tu sebagai kawan rapat saya. Tapi bila saya sakit mereka tak kisahkan pun dan sebenarnya tak perasan langsung.

Pelik, dan rupa-rupanya, mereka anggap saya sebagai kawan biasa je. Sedih? Sangat sedih, sebab i thought we were more than that, like a close friends. Itulah, syok sendiri, haha. Apa2 pun, dalam hidup nie, kena sentiasa bersederhana. Jangan lebih2 sebab nanti kita lak yang sedih. Dan saya percaya, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Ingatlah, Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita. Dan benda yang terjadi akan buat saya lebih kuat dan tabah :D Dalam masa yang sama, ada je kawan kat sini yang sangat care about me :D Thank you my friend!!!

"
At some point you will realize that you have done too much for someone, that the only next possible step to do is to STOP! Leave them alone. Walk away. It’s not like you’re giving up, and it’s not like you shouldn’t try. It’s just that you have to draw the line of determination from desperation. What is truly yours will eventually be yours, and what is not, no matter how hard you try, will never be"

Btw move on and keep moving on :D Now i in love with Bruno Mars' song title IT WILL RAIN and Joe Brooks' title These Broken hands of Mine. :D Lupakanlah masalah itu.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

22 September 2011

When the new semester comes!!!





Assalamualaikum,

Wow it's been awhile i dont post any entry. Felt so bad, this is because i've started my new semester already. So yup, new place and the wifi seems so slow :(

A lot of things to settle due to the new semester. Again, felt so bad for my pity little blog. So tadaaaa, picturesss!

New semester, equals to...

A NEW Place, the view from my NEW faculty

NEW Faculty's building

The view of the NEW faculty

NEW Lecture Hall

Those NEW chairs and everything

NEW place to sleep = my NEW room :D

NEW study table, it's not new, but just new for me :P LOL

Using NEW Mug :D

NEW Calculator :( this is all because i could find my old one :(

NEW Books? Nope!!! But guess what, all the green labels are LAW BOOKS!

New semester, new goals, new challenge!!! So all the best Syafiqa! Will try my very best to get an excellent result for this semester and also, to update my blog :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa




09 September 2011

Counting days!

Assalamualaikum.

Hi there, wow kinda busy lately because of PACKING! Yup counting days to Johore. I do feel excited to meet my friends, at the same time scared to see the subjects that I'll face this semester.

Thrill, also sad to leave my family :( gonna misses them very very super duper much! Haha. Wish me luck guys ;) wow it's kinda months that I don't even touch a BOOK!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

07 September 2011

05 September 2011

Rumah terbuka? Best ke? (17 gambar :P)




Assalamualaikum

Salam aidilfitri semua!!!

Raya2 nie, blog pun raya gak kan :D haha. 3hb lepas, alhamdulillah, selesai wat rumah terbuka. Kawan2 ada la jugak yang sudi datang. Best ke rumah terbuka nie? Nak tau? Jom tengok gambar la. Sebab gambar akan ceritakannya :D


Sisters!

Cousins!

Primary school's friend aka my former neighbour

Primary school's

Blogger Perak!!!

Bpians!

Retisss, Cik Reena Tan

Feels like laughing :D hehe

Peace yoww!

Hah? Haha

Ha hahahaha

Me; roar
Kak Reena; ape tu? erk
Lai; Syafiqa buat ape tu?
Rahim; wei ape nie? (tanya kat angah,sambil berbisik) :P

Angah; dia buat lawak la, hahahahah
Kak Reena; la ye ke, hahahah

Syafiq; wei ape korang buat nie?
Megat; free style leeee

Family :D

Farah Wahida in the house :D

Inilah aktiviti tahunan kami :D

Haaa, dapat pun update pasal raye. So korang rase best tak rumah terbuka? :D Sila cakap best banyak kali, haha

Thank you very much for those yang sudi datang, really appreciate that. Sebab kawan ayah ramai beno, bila kawan saya ade yang datang, seronok sangat :D InsyaAllah kalau buat rumah terbuka lagi, akan jemput korang :D

Btw rasa nak buat giveaway, ada yang nak join ke?

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


02 September 2011

Sesiapa yang memiliki dslr atau menggunakan dslr, sila baca. PENTING!

Terkejut?


Assalamualaikum,

Salam kemerdekaan dan salam aidilfitri :D

Ok, kepada yang ada dan yang menggunakan dslr, silalah pakaikan filter pada lens dslr anda ye.
Kalau tak silap, ramai yang tak tau pasal filter ni. Filter ni, sangat penting untuk menjaga kebersihan dslr, iaitu tak de la berabuk kat lens anda(so gambar pun clear, kalau tak silap :P), elak bercalar pada lens dan untuk long lasting kan dslr itu. Untuk protection la.

Tulis macam ni, sebab gambar di atas. Ermm akak yang punya, yup, yang pecah tu ialah filter. Nasib baik la jugak, memang dah pakaikan filter, kalau tak, erm habis la lens tu.


Tapi still :( upah bukak filter tu RM 50, ganti filter lain RM 80. And, function autofocusing kat lens dah tak de :( Semua sebab filter tu terkedalam, :(

So sayangilah dslr anda. Jauhinya dari budak kecik sebab dslr itu fragile la jugak!


Filter yang terkedalam itu :(

Ayoyo

Masa gi kedai kamera untuk bukak filter tu, teringat my former camera :'( sobs

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


01 September 2011

First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia







Assalamualaikum,

Haaaa akhirnya, dapat jugak siapkan entri ni sebab lama dah peram jadi pekasan, eh tak jadi pekasam lagi laaa, :D Ok jom join! Meh klik gambar di atas untuk info lebih lanjut.


Antara syarat2 dia;

Join group Rakan Blogger Klik1Malaysia di facebook (wajib)- DONE!

Korang digalakkan untuk ping (daftar) blog korang di website Klik1Malaysia (tiada paksaan)- DONE! sy nombor 161 tau :D

Buat satu entri bertajuk "First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"- DONE!

Letak Gambar di atas di dalam entri korang,- DONE!

Dan bagitahu hadiah yang korang teringin nak menang .

OK, yang ni saya suka semua laaa, macam mana? Haha tapi, yang saya nak sangat ialah...


Doodle yang comel tajaan Cik Asfz x 5 Pemenang- nie yang saya nakkkk sangat! Comel kan, saya sukeeee doodle!!!

Yang lain pun best! Antaranya....

Wang tunai RM 50 tajaan Asfandi Ahmad x 2 Pemenang- nakkkk


Wang tunai RM 10 tajaan Yaya Mohd x 10 Pemenang- nakkkk


Domain setahun tajaan Intan Nur Fateha x 1 Pemenang- nakkkk

Domain setahun tajaan Tengku Nizam x 2 Pemenang- nakkkk


Topup RM 10 tajaan Tieha Nur Fatiha x 5 Pemenang

Topup RM 10 tajaan LoveIslam x 5 Pemenang

Topup RM 10 tajaan Amal Espraza x 1 Pemenang

Topup RM 10 tajaan Azri Johan x 1 Pemenang

Topup RM 10 tajaan Syafiq Salim x 1 Pemenang

Jap, all the top up, kalau postpaid? Boleh gak kan :D hehe

Design fanpage / profil facebok bernilai RM 30 tajaan Haru Elie x 1 Pemenang- nakkkk


Shawl yang cantik tajaan Nur Liyana Zainal x 6 Pemenang- nakkkk

Shawl kebaboom tajaan Cik Amalina Zainal x 2 Pemenang- nakkkk, saya suka shawl :D


Keychain Handmade tajaan Nyamuk Terbang x 3- nakkkk tulis nama sy ye :D


Iklan Gambar bersaiz 230 x 60 sebulan di Klik1Malaysia
bernilai RM 50 x 5 Pemenang- why not, rite?

Iklan Text (10 patah perkataan) sebulan di Klik1Malaysia bernilai
RM 30 x 5 Pemenang- why not, rite?


Accessories yang cantik untuk pemenang perempuan atau
topup RM 10 untuk pemenang lelaki tajaan Fara Anak Abah x 5 Permenang- nakkkk, comel kot!!!

Ok, DONE untuk pilih hadiah yang saya sangat nakkkk :D

Tag kawan kalau sudi . (tak wajib)

Ok, saya tag

UMIE
SUE ;)
FANAD
AIMIFIQA
ATHIRAH
FIZA

Yeah DONE jugak!


Follow blog ini dan blog penaja hadiah di bawah ni (ikut suka korang)
tapi better follow untuk dapat update pasal GA ni


Yup, DONE following them :D Semua saya jadi follower blog, kecuali, Kaki Online, Azri Johan dan Haru Elie sebab tak de button follower, so saya like fb fan page. Dikira kan :D


Yang paling penting korang letak banner group
di bawah ni kat sidebar blog korang (wajib)

Nak copy code? Sila tengok SINI

Yup, DONE!

Ok, then, harap kita semua dapat hadiah dan saya pun harap ada lah rezeki saya :D aminnnn. Ok, semua cakap Syafiqa akan menang GA! Hehe

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa