Showing posts with label happy.. Show all posts
Showing posts with label happy.. Show all posts

26 August 2011

One of my greatest nightmare.





Assalamualaikum,

Hey there, ok. Nak cerita ni, lepas solat terawih tadi, mak mintak gi tesco. Beli sedikit barang2 makanan untuk sahur esok. Ok, tapi tengok2, abah bawak kete sy. Ayoyo, so mak kata, gunalah kereta mak. Ermmm, kereta mak agak lebar, power stereng(macam ni ke eja :p, hentam sajalah labu :P) tapi berat. Dan the best part was, sy sebenarnya rabun, n silau. So malam2 it's really troubling me, which the lights will irritate my eyes. Tapi gasaklah, sapa suruh, letak merata spek, pastu tak jumpa, hahahaha.

Pastu sampai Tesco, wat parking undur, gasak lagi :P tapi yeahhh berjaya. Ala undur je kot(dah lepas, leh la cakap kan).

Bila nak balik tu, masyaAllah, jam bukan main. Kereta tak bergerak, macam endless je :(. Tunggu2, pastu bagi jalan sini sikit, tak bagi jalan sikit. Sampai la akhirnya ke rumah dengan selamat.



Untungla, awak dan saya tak apa2. Untungla saya jaga awak lek lok, haha :P

Tapi apa yang nightmare nya? Nightmare tu, sebab kereta tu lebaq, so macam tunggu bunyi streeettt, ala2 TERcalarkan kereta tu. Itulah yang one of my greatest nightmare, takut tercalaqkan kereta mak :D bawak dengan penuh berhati-hati dan ketaq lutut, XD

Overall, 4 bintang :D haha, yelah sebab malam lagi, ayoyo, gagahlah kan. Paling tak suka, bila dah dalam jam2 nie, ade lak yang nak amik kesempatan dan go against the traffic. Ermm memang tak bagi peluang ritsect la, eh, tak bagi jalan la.

So kepada anda semua, walau macam mana jam pun, jangan la, go against the traffic, atau senang2 je memotong sampai depan. Orang belakang marah tau, dan kalau 44 orang kata, yang si duk memotong tu, hidup tak lama, malaikat kata amin, haaaa senang je nauzubillah nyawa terbang. So ingatlah orang yang tersayang :D

Lagi satu, kalau mak yang suruh, insyaAllah selamat pergi dan selamat balik :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Finally :D





Assalamualaikum

Haaa dah dapat pun cara nak selaraskan waktu semasa iaitu waktu sekarang, dengan waktu kat blog. Tanya2 kat fb, last2 ada yang sudi membantu. Special thanks to iEYLA :D

Thanks tau, alang2 dah tau, meh sy ajar korang2 yang senasib ngan sy sebelum2 nie. Ini adalah tutorial untuk ubah waktu blog mengikut waktu tempatan, iaitu tempat anda. First tekan DASHBOARD kat blog anda. Tekan setting.


Tekan formatting...



Scroll down, sampai nampak ni...


Dan pilihla waktu anda, kalau macam kat Malaysia, pilih Kuala Lumpur. Yeaaaaa berjaya :D so anda punya waktu akan sentiasa up to date dengan waktu di blog. Thanks a lot iEYLA :D.

Dalam hati, tengah cakap FINALLYYYY, banyak2 kali :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

25 August 2011

Setompok awan itu, sangatlah...




COMEL

Assalamualaikum,(waalaikumussalam :D)

Pe khabar semua? Haaa apa yang tetiba comel ni. Sebenarnya nak sambung tajuk tu, setompok awan itu, sangatlah COMEL. Masa dalam perjalanan ke Grik, nak tengok adik, tengoklah langit. Dalam hati, berkata "Cantiknya langit nie". My mum pun kata langit nampak tenang je, malam tadi ke Malam Lailatul Qadar?, ermm kita hanya boleh meneka dan rasa je. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu kan. Act, ni gambar ahad lepas :P

Tengah2 tengok luar tingkap, nampak la ni...

Itu dia, setompok awan :D


Comelnya setompok awan itu :D Tenang je


Tengok langit tu, subahanallah


Cantik sangat kan?


Sampai ke destinasi. Tengok awan yang cantik lagi


Masa nak balik, setompok besar awan :D


Setompok kecik awan, macam kasut pun ada, macam fairlady Z pun ada. Eh ye ke?


Korang nampak setompok awan yang kecik tu sebagai apa?

Haha, macam nak tergelak, buat entri pasal setompok awan, sebenarnya banyak lagi gamabr, tapi takut anda2 semua bosan lak nanti :P. Haaa banyak beno guna perkataan setompok awan :D. Kesimpulannya, bertompok-tompok awan dapat kita lihat, kann. Btw nak tunjukkan kat sini, bertapa cantik dan indahnya ciptaan Allah. Masa kita melihat tu, cakaplah subahanallah. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Aminnn.

Alamak, bulan ramadhan nak habis dah :( harap kita bertemu lagi wahai bulan ramadhan...

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


24 August 2011

#6 Rabu Kedu







Do you see what i see? Asyik gosok mata dari tadi :D

20 August 2011

Macam mana boleh dapat Freebies nie?




Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sebenarnya cek nak habaq, tengahari tadi, tengok kat tempat letak surat, cek dapat surat dari L'oreal. Bila pegang2, rasa macam ada sesuatu kat dalam(memang la ada bende, tak kan kosong kot, hehe). Tapi bukan surat, habis tu, apakah? Haaa



Tadaaaa :D

Masa dapat nie, terfikir, kenapa L'oreal hantar ni? Silap ke? Tetibe je. Dengan rasa sangsi + teruja, bagi tau la kat akak. Lepas tu dia kata, "La kan hari tu buat survey Maybelline!!".

Ohhhhh, baru teringat, bagus la dapat lip balm nie, sebab memang nak beli baru pun :D, thank you L'oreal, thank you Maybelline :D Seronok sangat sy dapat benda yang sangat berguna untuk diri sendiri.

Kesimpulannya, sila ingat apa2 peraduan yang anda telah masuk, supaya bila dapat hadiah, tak de la terkebil-kebil dan seronok sangat bak rezeki turun dari langit :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa






15 August 2011

Terharu, sedih, dan nak berubah jadi lebih baik. Transformasi



Assalamualaikum,

Sebenarnya, masa tulis nie, tengah berlinangan air mata. Waaaa serious rasa apa yang dah buat selama nie, macam tak cukup. InsyaAllah saya nak berubah ke arah yang lebih baik.

Kata-kata kak Wardina yang saya nak share kat sini:

"Sekiranya kita nak jadi baik, kita ambil keputusan untuk jadi baik, Allah akan hantar orang-orang baik untuk berkawan dengan kita"

"Orang yang mengambil langkah ke jalan Allah itu, tak pernah rugi dan tak pernah akan menyesal"

"What ever happens, I trust Allah, Allah give the best for me"



"Islam is cool, and Islam is only the way of life :D"

Do enjoy the video dan ambillah sebanyak mungkin iktibar. Semoga kita semua menjadi khalifah Allah yang lebih baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Apabila ahli syurga berkata-kata





Assalamualaikum,

First of all i wanna say, thousands of thanks so Ben Ashaari, coz i joined his segment entitle BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK? And the result? Although some of them just drop by and comment, but not to forget, some of them even gave a brilliant ideas about how to improve on how my blog's appearance. Thanks again :D Do drop by and give your excellent comment again ya :D Really appreciate those thought :D

Haaa dah habis pun syarahan terima kasih dari saya. Ok, kalau ikut tajuk di atas suspen tak? Ahli syurga? Siapa ahli syurga? Oklah nak cakap pasal my sis, yang sangat cute. Tapi mesti semua akan tertanya-tanya. Nape pandai2 je cakap ahli syurga. Sebab my mum kata, mereka yang belum baligh lagi ialah ahli syurga, diorang jujur dan kalau diorang mintak doa, insyaAllah termakbul :D tapi seram juga nak cakap pasal nie, sebab takut tersalah pulak :D

Sebenarnya, nak cakap pasal my little sis, tahun nie, berpeluang tengok dia berpuasa, ye la, sebelum-sebelum nie, kat asrama la, sana la, sini la. Masa hari ketiga berpuasa, masa tu adalah dalam 8-10 minit nak berbuka. My little sis tu, mungkin dah lapaq sangat, n guess what? Dia cakap "entah entah, orang yang azan tu, tertido, tu yang dia lambat azan".

Ya rabb, hahahah si kakak dia aka ME, yang mendengar, terus tergelak sambil terbatuk-batuk sebab rasa tak boleh blah. Boleh pulak cakap macam tu, hehe. Dia memang cute, pandai bercerita. Suka tengok mimik muka dia, so cuteee, baru tujuh tahun :D

She's cute, she's adorable but also she know how to make you laugh :D



Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

02 July 2011

Tisu

Assalamualaikum,

Haaa mesti semua orang tahu kan ape itu tisu, ala yang anda semua guna untuk lap hingus tu,haha :D tiba-tiba nak tulis pasal tisu nie, sebab teringat masa study week, masa tu menuju ke perpustakaan (acece rajin nye :P) sampai je perpustakaan agak berpeluh gak la haha.. pastu tanya Ecah( my course-mate), ada tisu tak, then dia kate tak de...

Then tiba-tiba saya kata, perempuan sejati akan ada tisu kat dalam beg dia, sebab kegunaannya adalah untuk...
Satu, nak lap peluh
Dua, nak lap sup yang tumpah
Tiga, nak lap gincu yang comot, hahaha

Pastu kami pun cakap dengan penuh intonasi dan konon-konon nya nak buat vlog pasal tisu nie, ala2 mat lutfi, pastu bila fikir balik, oh lawak nya :D

Soalan untuk hari ini, adakah anda perempuan sejati, haha :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

29 May 2011

Away :D





Assalamualaikum,

Hello there, ok this is just a simple and short entry... act i'll be away for awhile...

So i'll not be updating my blog :'( but i'll try if i have time to do it. Ala just for cuti sekolah nie je :D tehee..

Gonna miss u guys a lot :D


:D


Haaaa umie sila terharu sekarang, haha :D


Syahirah :D sila terharu jugak...teehee



Armie pun, sila nangis terharu, haha :D

and last but not least ...

Jom pijak bayang2 lagi :D

K la,

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

06 January 2011

Just smile and forget bout everything :)

Assalamualaikum,

Wow again today was really tiring day for me. Although just having 2 classes. TAPI betul2 nk nangis lagi. Akhir2 nie senang sgt nangis... tension sgt kah sy? btw today gi kelas Effective Communication. Masuk kul 8am... 8.30 am dah hbs kelas sbb lecturer just nk berkenalan dgn kami dan sbb kami x de buku lg, so kelas start next week :) weeee happy jap... then bermula lah my misery...

Then gi kampus bandar bayar yuran, pastu gi pusat kokurikulum agak jauh daripada tmpt bayar yuran tadi... tapi x pe, sbb nk tengok hoki kul bape. Tgk2 HOKI DIMANSUHKAN!!!! Wow like a slap to the face :( sedihnye tapi sabarlah ye, ade hikmahnye. Then kenalah amik borang utk add subjek koko yg lain. Sy masuk kelab public speaking, sbb yg tu je pun yg menarik. Yg kelab lain yg kosong antaranye, kelab keusahawanan yg sem lepas sy masuk dan dpt B... while kawan sy yg seksyen lain dpt A!!! So mestilah x nak masuk keusahawanan dah!!!

Ok then akak kat pusat koko tu kate gi fakulti mintak tandatangan Pa(Penasihat Akademik), sy kate lah PA cuti bersalin, then akak tu kate, tak pe, mintak tandatgn wakil fakulti. So sy pun gi tmpt tunggu bas, n tunggu bas utk ke kampus bandar, sbb fakulti kat kampus bandar. Tunggu2, sampai la bas, n sampai la kampus bandar... dan di sinilah bermula THE NIGHTMARE!!! to make long story short =_=! setelah naik turun, naik turun tangga... sumenye hampa, sbb sume lecturer yg sy nk jumpe x de kat bilik, huaaaaaaa malangnye rase... pastu gi kat bilik ketua jabatan. Ketua jabatan tgk bg lecturer lak dekat pelajar2 yg nk wat tesis. WAaaaa tunggu ah sampai hbs. Pas tu barulah dapat tandatgn yg dinanti-nanti tu... FINALLY!!!

Then gi naik bas balik, utk ke kampus induk... gi pusat koko n serahkan borang yg dah ditandatgn...leganye, balik je bilik terus landing kat katil, penat sgt sbb dah exercise :)

Tapi sume kesedihan td terubat mase bkk fb, hehe. Perasan x, kat fb skrg akan ade kwn2 buat, yg tulis kat status, inbox die any num, then die akan describe pasal kite...

Sy pun bg la no kat Hanis Camelia and die buat sbg status:

69 - this gurl ade satu bnda yg aku respect dari dulu lagi. dye sgt loaded. sgt2, aku tau.. bpk dye ceo syarikat mane tah, kn? tp giler low profile
laa.. mmg sgt2 respect. bkn ape. org2 zmn skg ni sume style show off kn.

dan die komen lg,

tp dye ni x.. a good muslim. tudung dah sah labuh dari aku kn. hehe. n dress up pn mcm org kebanyakan, mcm aku n org2 lain.. dlue dye slalu bg usrah n talk2 psl agama., sgt mnyenangkn hati. sejuk perut aku, wlaupun
bkn aku yg mngandungkn dye kn. hehe=p

Sukenye sy :) status nie betul2 buat sy senyum sendiri and appreciate what i have :) thx Hanis Camelia. u make me feel better for today!!! THX :) Tapi sy hanya menumpang my parent :) my parent deserve the praise ;p

PAstu sy anta lak no kat nadzirah azeni... n die tulis as her status:

6969- Hee, the 'cumel'est girl at mtrx dulu ! Comel sebb kecik, ngee. Tak penah ade mslh dgn dy, sbb dy always snyum n yakin ngn ape dy wat. N still ingt, tyme dy gy famly vacation dlu, dy ade belikan sumthng tuk tutormate dy. Sume org dapat ! Sweet. Hee. I miss those memories with you dgn mmber2 laen jugak lahh :)


Nie pun buat sy kembang semangkuk... Syg kamu :) seronok bace bende2 cam ne sbb org ckp pasal kite, org puji kite,haha ;p perasannye ;p tapi mmg berhasil utk hilangkan my stress for today... thx!!!

And nie pulak from my coursemate :) Faiz ;)
#6969. muka die ni familiar je . tp xtaw la pnah jumpa katne. die ni xslalu pun tegur dlm kuliah tapi nampak gaye cam intligent giler ! kecik je orgnye. agak peramah gak la. tapi kat fb je. hahaha. nnti marilah beramah mesre ! =))
hehe

Ye, marilah beramah mesra :) bile bace sume nie, tersenyum sorg2, y? sbb for me, ayat2 diorg sgt2 sweet. I LIKE IT SO MUCH!!!



So sy kembali happy, weeeee suke. Bile kite happy, automatik sume bende kite nampak ok :) betul x? hehe sbb When ur heart full of love, u'll c more beauty side of life :)

Sebelum kate till we meet again, nk share satu ayat yg kwn sy, ckp kat sy today

"awk jgn la mghrapkn kwn akn sntiasa dgn kte
bile diaorg dpt kwn bru..diaorg akn lpekn kte"

Betul ke ek? adakalanya betul ape yg kwn sy ckp kan? mmg pahit mase kene tu kan... so walau apa2 pun, jgn bg harapan terlalu tiggi kpd seseorg, sbb kelak nanti,kite yg sedih...

Ok, that's all for now

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa