18 August 2011

For me, it's kinda true




Assalamualaikum,

Status di facebook:

At 3 years old, we say ''Mommy I love you."
At 10 years, ''Mom whatever."
At 16 years, "My mom is so annoying."
At 18 years, "I'm leaving this house."
At 25 years, ''Mom, you were right''.
.........At 30 years, ''I want to go to Mom's house."
At 50 years, ''I don't want to lose my mom."
At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me." You only have one mom. POST this on your wall if you appreciate and love your Mom


Haaa pe kabo.. betul ke statement di atas nie, jawapan akan berbeza-beza bagi setiap orang kan. Tapi for me, it's kinda true, tapi dari segi umur tu, lambat sikit la, hehe tak de la at 10 years, "Mom whatever" Ade ke cam tu, haha.

Tapi yang last2 tu, sedih nya. And masa tu mulalah akan rasa menyesal semua kan. Regret is the worst feeling of all. So to all of you, appreciate your mum as she had done more than anything for you, why dont you? Rite. And remember, you only have ONE mum. Kalau marah sangat ngan mak tu, istigfar la banyak-banyak dan ingatlah jasa-jasa mak anda sekalian :D



Saya lapar, saya sayanggg mak saya :D selamat berbuka, ops tunggu azan tau



Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

17 August 2011

Setiap ramadhan, makin bertambah kedai kat bazar ramadhan, kenapa???





Bazar Ramadhan, sumber google :D


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Haaa anda semua dah juzuk berapa dah? Sempat habis tak? Harap2 semua sempat la habiskan sampai 30 juzuk dan khatam sama2, insyaAllah.

Bila baca tajuk di atas, ehhhh panjang la pulak :P Tapi korang perasan tak, tahun ni, makin ramai orang berjual kat bazar ramadhan berbanding tahun sebelum-sebelumnya kan? Dan rasanya, ramadhan tahun depan, akan bertambah-tambah lagi la gamaknya. Tapi KENAPA? KENAPA? Cara soal ni, macam isu negara, macam masalah besar pulak :D

Ni cek nak habaq mai, sebab, bulan ramadhan ialah bulan rezeki. Ini terbukti apabila ramadhan tiba, hampir semua orang nak berniaga kerana pada bulan ini rezeki melimpah ruah. Kita dapat lihat, walaupun ada yang tak pernah berniaga, akan cuba belajar bab2 yang dia rasakan dia boleh buat untuk berniaga dan seterusnya berniaga. Contoh, perniagaan makanan la terutamanya, haaa kat bazar ramadhan macam lauk pauk, kuih muih, dan nak raya, mesti ada kuih raye. Lepas tu perniagaan pakaian pulak, seperti baju raya dan macam2 lagi.

Ok, sekarang nak cakap pasal bab makanan. Kepada peniaga-peniaga, dan juga bakal2 peniaga, ada beberapa perkara yang anda kena pastikan. Apa dia?
  1. Pastikan gunakan bahan yang bersih dan halal. Ini penting, supaya makanan yang kita jual tu, dijamin halal dan tak basi. Bayangkan kalau basi, pembeli yang makan tu, akan sakit dan ini akan memberi kesan terhadap ibadah yang dia nak buat, kan? Dah sakit perut pulak, atau lebih teruk keracunan, ishk2, terawih kemana? Baca Al-Quran? Semua ni macam domino. Nanti tak pasai penjual, salahhh andaa :P
  2. Jaga kebersihan kedai. Pastikan kat area kedai kita bersih :D (Macam sama ngan atas pulak, eh atas cakap pasal bahan XD)
  3. Harga yang berpatutan. Kadang2, bila bulan ramadhan, harga melonjak naik, jangan, sian kat pembeli, so berpatutan la :D
  4. Jaga aurat. Penjual haruslah tutup aurat. Barulah insyaAllah apa2 yang kita buat tu, mendapat berkat. Lagipun tutup aurat kan WAJIB!
  5. Elakkan pergaulan bebas. Toksahlah nak bertepuk tampo lak ye. Jaga batas2 pergaulan. Jaga jarak anda.
  6. Solat, ni memang paling penting. Tinggalkan solat sebab bersungguh-sungguh berniaga? Stop! Solat dulu, nanti sambunglah, pentingkan rukun islam dulu. Apa guna puasa kalau tak solat, hanya tahan lapar dan dahaga je?
Jangan nak cari duit je, cari keberkatan, redha Allah dan rezeki, insyaAllah. Kalau berkat, insyaAllah sikit pun cukup, tapi kalau tak berkat, banyak macam mana pun, berjuta-juta lemon pun, masih rasa tak cukup.

Sebenarnya, semua nie, credit to TV ALHijrah, Segmen Muhasabah Diri, Tajuk "Ramadhan Bulan Rezeki" . Pukul 1 pagi, hari isnin lepas. Tengah2 tengok cerita tu, salin keypoint dan buat entri nie, harap semua dapat ambil sebanyak mungkin ilmu :D Salam ramadhan.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

15 August 2011

Terharu, sedih, dan nak berubah jadi lebih baik. Transformasi



Assalamualaikum,

Sebenarnya, masa tulis nie, tengah berlinangan air mata. Waaaa serious rasa apa yang dah buat selama nie, macam tak cukup. InsyaAllah saya nak berubah ke arah yang lebih baik.

Kata-kata kak Wardina yang saya nak share kat sini:

"Sekiranya kita nak jadi baik, kita ambil keputusan untuk jadi baik, Allah akan hantar orang-orang baik untuk berkawan dengan kita"

"Orang yang mengambil langkah ke jalan Allah itu, tak pernah rugi dan tak pernah akan menyesal"

"What ever happens, I trust Allah, Allah give the best for me"



"Islam is cool, and Islam is only the way of life :D"

Do enjoy the video dan ambillah sebanyak mungkin iktibar. Semoga kita semua menjadi khalifah Allah yang lebih baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Apabila ahli syurga berkata-kata





Assalamualaikum,

First of all i wanna say, thousands of thanks so Ben Ashaari, coz i joined his segment entitle BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK? And the result? Although some of them just drop by and comment, but not to forget, some of them even gave a brilliant ideas about how to improve on how my blog's appearance. Thanks again :D Do drop by and give your excellent comment again ya :D Really appreciate those thought :D

Haaa dah habis pun syarahan terima kasih dari saya. Ok, kalau ikut tajuk di atas suspen tak? Ahli syurga? Siapa ahli syurga? Oklah nak cakap pasal my sis, yang sangat cute. Tapi mesti semua akan tertanya-tanya. Nape pandai2 je cakap ahli syurga. Sebab my mum kata, mereka yang belum baligh lagi ialah ahli syurga, diorang jujur dan kalau diorang mintak doa, insyaAllah termakbul :D tapi seram juga nak cakap pasal nie, sebab takut tersalah pulak :D

Sebenarnya, nak cakap pasal my little sis, tahun nie, berpeluang tengok dia berpuasa, ye la, sebelum-sebelum nie, kat asrama la, sana la, sini la. Masa hari ketiga berpuasa, masa tu adalah dalam 8-10 minit nak berbuka. My little sis tu, mungkin dah lapaq sangat, n guess what? Dia cakap "entah entah, orang yang azan tu, tertido, tu yang dia lambat azan".

Ya rabb, hahahah si kakak dia aka ME, yang mendengar, terus tergelak sambil terbatuk-batuk sebab rasa tak boleh blah. Boleh pulak cakap macam tu, hehe. Dia memang cute, pandai bercerita. Suka tengok mimik muka dia, so cuteee, baru tujuh tahun :D

She's cute, she's adorable but also she know how to make you laugh :D



Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

14 August 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?








Assalamualaikum, selamat berpuasa semua.. macam mane iman anda? hehe btw seperti tajuk di atas, nie first time nak join segmen nie. Tujuan;
  • Nak tahu apa2 yang perlu dipertingkatkan kat blog nie
  • Nak tambah kenalan
  • Bertukar-tukar pendapat
  • Terjah blog2 yang best :D
Sesiapa yang lalu2 kat sini nie, sila la share pendapat tentang blog nie k :D Peace!!!

Sape nak join, klik sini :D


12 August 2011

once upon a time...




Assalamualaikum,

Sebelum cakap apa2, nak cakap alhamdulillah, dah 11 hari kita menjalani ibadah puasa. Hari nie masuklah fasa kedua ramadhan iaitu fasa keampunan. Yang 10 hari pertama ialah keberkatan, 10 hari kedua ialah keampunan dan 10 hari ketiga ialah bebas dari api neraka insyaAllah.

Marilah kite semua mengambil peluang dalam bulan nie terutamanya untuk meningkatkan amalan semua :D haaa, korang dah juzuk bape dah? Ni yang risau beno ni, risau tak dapat nak khatam masa raya tu :( orang lain semua seronok dah khatam, sy lak, raya ke berape kang, baru seronok sebab khatam, ayyoyo. Tapi tak pe la, better late than never kan? hehe nak sedapkan hati sendiri :P


Yup, create yourself :D nie dah lama dah amik gambar buku nie, buku nota je, kat MPH kot

Tajuk once upon a time nie, sebab nak cite yang pasai pa sy tak update blog je, hehe. Sekarang la baru ada masa nak update blog, sorry sangat2 sbb dah biarkan blog yang ehem2 comel nie, bersawang, hehe. Sedih gak la, bila tak update, tak de sape jalan2 kat sini, iskh2 T_T. Jom clearkan semua sawang2 tu.

Sebenarnya, sekarang nie, sy jadi domestic engineer aka suri rumah. Sebab kan cuti, mak dan ayah keje, so budak baik nie la yang basuh baju, kemas bilik, prepare untuk makanan berbuka. Lepas tu, before2 nie lak, mak tak sihat, dan masuk wad pulak, tu yang tak menyempat nak update. Tapi sekarang mak dah oklah sikit dan sy pun happy :D baru la senang hati update blog.

Masa kat rumah, ada masa sikit, ajak my fren, Syahirah buat cupcake. Haaa tu yang untuk wordless wednesday letak gambo RED VELVET CUPCAKE. Buat sendiri bersama member tuu :D Nanti la sy buat satu entri khas untuk resepi RVC nie ye :D

Lagi satu nak cakap pasai once upon a time nie, pasal handphone. Act sy adalah antara orang yang pakai bb :P erkk cam pelik lak statement nie, haha. Dah pakai dekat tiga tahun, bb curve, start pakai after spm. Masa tu, bila kawan tengok handphone, ramai la jugak yang tak mengetahui kewujudan handphone nie. bb kan besaq sikit, sedap je genggam :P

Dan setahun kemudian la jugak, baru la bb nie popular. So banyak laaaaa bb yang lagi baru. Oleh itu, bb curve yang sy pakai nie, agak super duper senior la, sampai nak cari casing pun dah takde :( Sekarang nie cadang nak tukar phone, ke buah epal, hehe. Tapi macam tak de masa je nak settle kan, huuuuu. Tengok la macam mana...

Banyak sangat la idea nak tulis entri, nanti la kite sambung ye :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

10 August 2011