22 August 2011

BLOG PILIHAN SAYA ADALAH :D




Assalamualaikum,

First of all, sorry sangat sebab buat entri ni agak lambat. Btw it's better late than never, rite :D

Ok BLOG PILIHAN SAYA ADALAH... tak de calon2 nya tau..

Ninie Azriena - Blog yang cantik + comel header nya. Lepas tu blog meriah dengan pelita, serius rasa semangat sy nak raya :D Rajin singgah2 my blog kan? i like :D Dan suka memberi pendapat yang bagus.

Ich Liebe Dich? - Maksudnya I love you kan, bahasa German kan? Btw sy pilih blog ni, sebab nama blog sendiri dah unik dan buat orang nak tahu apa maksudnya. Blog ni simple and nice :D. Entri pasal french toast tu, betul2 buat sy lapar =_=" salam perkenalan(kawan baru nie)

Izzul Amir - Masa tengah blogwalking jumpa blog ni. Selalunya, orang lebih suka Spongebob atau pun Patrick, tapi izzul nie, rasanya la, dia suka Squidward(lain dari yang lain kan?). Sebab kat header ada Squidward dan badge pun sama :D btw dari segi background nampak tenang je sebab colour tak terlalu terang atau gelap. Nice la

LuvmeMryna - Blog ni, simple, nice dan KEMAS. Suka la tengok arrangement kat blog ni. Salam perkenalan(kawan baru nie)

Solicious StoriNori - Blog ni, sebab doodle dia!!! Comel laa dan blog ni pun kemas. Salam perkenalan(kawan baru nie)

Wiwie Sazali - Blog ni akan menyambut kita dengan header yang besar dan sangat menarik perhatian :D Ayat yang sungguh humble " saya bukan siapa siapa siapa saya hanya manusia biasa". Blog cantik :D

amri-lawak-kelakar - Kat ruang komen BA, komen dia je yang ada di bold kan, waaaa, terkejut lak, aik macam mana boleh bold :D terus pilih blog dia. Header lawa, tapi kalau tolak2 sikit iklan tu, akan menampakkan header yang lawa tu :D heee. Btw nama blog pun buat sy tergelak, belum dia buat lawak lagi, hehe. Salam perkenalan(kawan baru nie)

Wie - Blog ni simple, dan tulisan kat header pun special sikit... "I'm not special, I'm just limited edition" Cool :D Warna pun ok. Salam perkenalan( kawan baru ni)

Sharing is Caring - Blog ni, masa klik, terus nampak kucing!!! Sy suka kucing :D tapi lepas tu terkejut sikit sebab ada lagu, tapi(banyak nya tapi ;p) not bad la , sebab sy terus dengar je lagu tu. Dari entri2 yang sebelum nie, nampak memberi sedikit sebanyak info :D bagus2. Salam perkenalan( kawan baru ni)

!ALEPRIDZ! - Blog ni, paling special :D sebab dia pilih blog sy, dan siap ada perkataan COMEL, dalam penerangan dia, hehe. :D Header dia, unik sbb dia tunjuk maybe precious things yang dia ada. :D Haa nak tengok penerangan dia.. KLIK SINI

Ok, yang saya tulis kawan baru tu, sebab tak pernah kenal sebelum ni. So harap dapat berkenalan la ye :D Have a nice day to all of you!!!

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


21 August 2011

Berbuka bersama Blogger Perak




Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Wah kita dah masuk fasa ketiga ramadhan. Doalah semua mintak dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Sebenarnya, baru je balik dari berbuka puasa bersama Blogger Perak. Ini memang pertama kali la join event. Kat KE Corner, Taiping. Sumpah segan, hehe. Tapi harap lepas ni insyaAllah tak segan dah :D

Tadi masa datang memang senyap je, tapi seronok tengok semua orang. Happy :D For me, macam family. Lepas ni, boleh la berkenalan dengan semua, insyaAllah, tadi sy balik awal sebab mak ada kat rumah. So tu yang lepas makan terus pff hilang. :D

Btw special thanks to Kak Reena, yang sudi buat event ni, seronok dapat join. Makanan pun guess what, ada tom yam, daging, ikan :D, sayur, telur, kuih2. Semua rm 10 seorang, cool kan. Memang berbaloi-baloi. Lepas tu ada yang bawak kek, sedapp. Ops bagi sesiapa yang tak datang, sorry, lepas nie insyaAllah jom buat lagi :D Raya jemput datang rumah(tetibe je) :D Ada berkenalan dengan ila, duk sebelah dia, thx for the nasihat supaya jangan dok segan :D

Dan lagi satu, nak mintak maaf, sebab segan sangat. Tak berkenalan sangat pun. Gambar pun tangkap dari tempat duduk je, maaf sangat :P


Kak Reena :D

Air warna oren tu, hasil invention merah + yellow :D

Jemput makan.

Semoga lepas ni, akan meriah lagi, dan dapat berkenalan dengan ramai lagi serta beramah mesra :D Sapa yang join tadi meh tegur sini, akan sy terjah blog anda2.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

20 August 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN



Assalamualaikum,

Always remember that, the MORE you give, the MORE you get back :D

Alhamdulillah, Malaysia adalah antara negara yang selamat untuk diduduki, aman dan selamat. Tetapi pernahkah kita terfikir akan negara-negara yang lain? Contohnya negara Somalia yang sedang dilanda krisis kebuluran. Marilah kita sama-sama meringankan beban dan tolong mereka.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM.





Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI (SEGMEN BLOGGER PRIHATIN DARIPADA BEN ASHAARI)

Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
Terbuka buat semua blogger ... Tutup sehingga 1 Syawal nanti.. Ini adalah sticky post.. Terima kasih ...
Tiada penyenaraian url blog ... IKHLAS KERANA ALLAH ..dan juga kerana mereka , saudara seagama .. (ayat2 semua kredit tu BEN ASHAARI)

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA



Assalamualaikum, :D



Cepat2 sesiapa yang nak join, KLIK SINI. Sampai pukul 2(20 Ogos 2011) je tau :D


Macam mana boleh dapat Freebies nie?




Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sebenarnya cek nak habaq, tengahari tadi, tengok kat tempat letak surat, cek dapat surat dari L'oreal. Bila pegang2, rasa macam ada sesuatu kat dalam(memang la ada bende, tak kan kosong kot, hehe). Tapi bukan surat, habis tu, apakah? Haaa



Tadaaaa :D

Masa dapat nie, terfikir, kenapa L'oreal hantar ni? Silap ke? Tetibe je. Dengan rasa sangsi + teruja, bagi tau la kat akak. Lepas tu dia kata, "La kan hari tu buat survey Maybelline!!".

Ohhhhh, baru teringat, bagus la dapat lip balm nie, sebab memang nak beli baru pun :D, thank you L'oreal, thank you Maybelline :D Seronok sangat sy dapat benda yang sangat berguna untuk diri sendiri.

Kesimpulannya, sila ingat apa2 peraduan yang anda telah masuk, supaya bila dapat hadiah, tak de la terkebil-kebil dan seronok sangat bak rezeki turun dari langit :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa






18 August 2011

For me, it's kinda true




Assalamualaikum,

Status di facebook:

At 3 years old, we say ''Mommy I love you."
At 10 years, ''Mom whatever."
At 16 years, "My mom is so annoying."
At 18 years, "I'm leaving this house."
At 25 years, ''Mom, you were right''.
.........At 30 years, ''I want to go to Mom's house."
At 50 years, ''I don't want to lose my mom."
At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me." You only have one mom. POST this on your wall if you appreciate and love your Mom


Haaa pe kabo.. betul ke statement di atas nie, jawapan akan berbeza-beza bagi setiap orang kan. Tapi for me, it's kinda true, tapi dari segi umur tu, lambat sikit la, hehe tak de la at 10 years, "Mom whatever" Ade ke cam tu, haha.

Tapi yang last2 tu, sedih nya. And masa tu mulalah akan rasa menyesal semua kan. Regret is the worst feeling of all. So to all of you, appreciate your mum as she had done more than anything for you, why dont you? Rite. And remember, you only have ONE mum. Kalau marah sangat ngan mak tu, istigfar la banyak-banyak dan ingatlah jasa-jasa mak anda sekalian :D



Saya lapar, saya sayanggg mak saya :D selamat berbuka, ops tunggu azan tau



Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

17 August 2011

Setiap ramadhan, makin bertambah kedai kat bazar ramadhan, kenapa???





Bazar Ramadhan, sumber google :D


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Haaa anda semua dah juzuk berapa dah? Sempat habis tak? Harap2 semua sempat la habiskan sampai 30 juzuk dan khatam sama2, insyaAllah.

Bila baca tajuk di atas, ehhhh panjang la pulak :P Tapi korang perasan tak, tahun ni, makin ramai orang berjual kat bazar ramadhan berbanding tahun sebelum-sebelumnya kan? Dan rasanya, ramadhan tahun depan, akan bertambah-tambah lagi la gamaknya. Tapi KENAPA? KENAPA? Cara soal ni, macam isu negara, macam masalah besar pulak :D

Ni cek nak habaq mai, sebab, bulan ramadhan ialah bulan rezeki. Ini terbukti apabila ramadhan tiba, hampir semua orang nak berniaga kerana pada bulan ini rezeki melimpah ruah. Kita dapat lihat, walaupun ada yang tak pernah berniaga, akan cuba belajar bab2 yang dia rasakan dia boleh buat untuk berniaga dan seterusnya berniaga. Contoh, perniagaan makanan la terutamanya, haaa kat bazar ramadhan macam lauk pauk, kuih muih, dan nak raya, mesti ada kuih raye. Lepas tu perniagaan pakaian pulak, seperti baju raya dan macam2 lagi.

Ok, sekarang nak cakap pasal bab makanan. Kepada peniaga-peniaga, dan juga bakal2 peniaga, ada beberapa perkara yang anda kena pastikan. Apa dia?
  1. Pastikan gunakan bahan yang bersih dan halal. Ini penting, supaya makanan yang kita jual tu, dijamin halal dan tak basi. Bayangkan kalau basi, pembeli yang makan tu, akan sakit dan ini akan memberi kesan terhadap ibadah yang dia nak buat, kan? Dah sakit perut pulak, atau lebih teruk keracunan, ishk2, terawih kemana? Baca Al-Quran? Semua ni macam domino. Nanti tak pasai penjual, salahhh andaa :P
  2. Jaga kebersihan kedai. Pastikan kat area kedai kita bersih :D (Macam sama ngan atas pulak, eh atas cakap pasal bahan XD)
  3. Harga yang berpatutan. Kadang2, bila bulan ramadhan, harga melonjak naik, jangan, sian kat pembeli, so berpatutan la :D
  4. Jaga aurat. Penjual haruslah tutup aurat. Barulah insyaAllah apa2 yang kita buat tu, mendapat berkat. Lagipun tutup aurat kan WAJIB!
  5. Elakkan pergaulan bebas. Toksahlah nak bertepuk tampo lak ye. Jaga batas2 pergaulan. Jaga jarak anda.
  6. Solat, ni memang paling penting. Tinggalkan solat sebab bersungguh-sungguh berniaga? Stop! Solat dulu, nanti sambunglah, pentingkan rukun islam dulu. Apa guna puasa kalau tak solat, hanya tahan lapar dan dahaga je?
Jangan nak cari duit je, cari keberkatan, redha Allah dan rezeki, insyaAllah. Kalau berkat, insyaAllah sikit pun cukup, tapi kalau tak berkat, banyak macam mana pun, berjuta-juta lemon pun, masih rasa tak cukup.

Sebenarnya, semua nie, credit to TV ALHijrah, Segmen Muhasabah Diri, Tajuk "Ramadhan Bulan Rezeki" . Pukul 1 pagi, hari isnin lepas. Tengah2 tengok cerita tu, salin keypoint dan buat entri nie, harap semua dapat ambil sebanyak mungkin ilmu :D Salam ramadhan.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa