17 June 2011

Tourism Malaysia di Pulau Pinang dan Alor Star


Assalamualaikum,

Seperti yang anda semua tahu, atau pun baru tahu, haha, sekarang, saya tengah cuti semester, lama kot, sampai la bulan 9 T_T... sangat la lama. Oleh itu, ayah saya meminta saya me"master"kan ( hentam sajalah labuu) kemahiran memandu saya. So kami pergi la ke Pulau Pinang, pada 15/6 dan 16/6 ke Alor Star :D Hoho memang penat la jugak memandu, dan banyak la gak saya balajar masa drive from perak to penang, and perak to alor star..

Cakap pasal Pulau Pinang, tak masuk pulau pun, just gi Tokong Ular, boleh bergambar dengan ular, kene bayar RM 15.00 dan dapat gambar mase tu jugak. Tapi tak nak la tangkap, so just masuk tengok ular, yuran masuk, RM 5, tapi dapat diskaun, jadi RM 3, sebab ada my card...

Masa tengok ular tu, agak seram la jugak, sebab takuttt, gi Pulau Pinang, bukan drive sorang ye, saya drive, pak cik kat sebelah, dan akak kat belakang. Ok, berbalik kepada Tokong Ular tadi, dia act memang kat tokong rupanya, cam sebelah tu la. Dalam tempat yang banyak ular tu, ada arnab gebu, giant snake of course, dan tortoise, besaq betul tortoise tu,hehe

Lepas gi Tokong Ular, kami gi Bukit Bendera, best gak jalan-jalan kat situ. Kalau orang dewasa kena bayar RM 8, tapi kalau tunjuk student card, dapat diskaun, so bayar RM 4 je :D Kalau budak-budak, RM 4.

Bila anda masuk dalam keretapi untuk naik ke atas Bukit Bendera tu, anda akan nampak


Gambar dari belakang keretapi, laluan dia...


Saya sangat tinggi, haha perasannn :D

Bila dah sampai atas, anda akan nampak...


Bukit Bendera, yeah saya dah berjaya sampai sini

Dan kat atas tu, anda boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik sambil minum tea dan makan English scones di David Brown's Restaurant. Sedap la jugak English scones tu, huuu nak lagi. Sila la klik di sini untuk tengok gambar dan sebagainya kat David Brown's Restaurant.

Kat Pulau Pinang, just tengok dari luar je la, Komtar, pastu balik :D

Dan esoknya, ke Alor Star, sebelum gi Alor Star, sempat google jap, nak tengok tempat menarik kat sana. Dan yang mengejutkannya, sebenarnya, eja yang betul ialah Alor Star, bukannya Alor Setar..hehe baru je tau :P

Kat Alor Star, yang agak-agak popular, ialah Pekan Rabu. Kat situ ada jual baju-baju untuk lelaki dan perempuan, kuih-kuih tradisional seperti dodol, bahulu, kuih karas, serunding pun ada. Masa kat Pekan Rabu tu, lunch dan beli kuih karas yang memang best, dodol yang memang sedap hingga menjilat jari,hehe dan beli kuah rojak Mak Bi, yang tu pun famous.

Sorry la, tak amik gambar pun, so amik dari encik google saje la :D


Ni la Pekan Rabu, bukan hari rabu je bukak, tapi HARI-HARI bukak :D


Kalau masuk-masuk, belah kiri kedai2 ni, kalau kanan, kuih-kuih segala


So dah jalan-jalan tu, balik memang penat sangat la kan, dan hilang la jet lagged saya, yela sebab ada aktiviti dan kena tido dan bangun awal. Yeah sangat seronok sebab saya macam orang lain, tido waktu Malaysia, bukan tido waktu Paris, London sume, haha...

K la, dah penat mengomel aka menulis :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

No comments: