07 October 2011

Kenapa sesetengah orang...





Assalamualaikum,

Huuu sekarang memang sangat "senang" nak update blog :D Sangat senang :D

Ok straight to the point, kadang-kadang sy teringin nak jadi seseorang yang cakap main lepas je :P haha, yang boleh snap dan buat orang terdiam. Sentap. Macam, marah semarah marahnya, tapi masa tu je, pastu tak fikir dah. Means marah masa tu je dan move on. Tapi sy jenis orang yang kalau marah pendammmm dan pastu makan hati, jantung sorang2. Sangat la menyakitkan hati dan buat kita teringat ingat. Sapa yang rugi? Mestila sy sendiri

Tajuk, kenapa sesetengah orang...

... tak rasa apa2 bila mengambil kesempatan terhadap orang lain? Macam, bagai madu sepah dibuang. Bila perlu datang bukan main baik semua, tapi bila dah tak perlukan, tegur memang jangan harap. Ermmm, kalau sy, memang segan la nak mintak tolong dekat orang yang dah lama kita tak tegur. For me, have limits laaa. Untuk orang2 macam ni, memang dah boleh agaklah kalau diorang datang dekat sebab apa. Bukan sebab kita, tapi kepentingan yang kita ada. Menyedihkan kan?

... suka menyakitkan hati orang lain tanpa rasa bersalah. Haha ala2 suka cakap lepas, tanpa fikir perasaan orang. Tapi adakalanya, kita perlu cakap lepas, supaya orang tahu apa2 yang kita rasa. Supaya orang tak pijak kepala kita :D Tapi bila rasa perlu la, toksahla selalu, karang dibenci masyarakat :P hyperbola pulak...

... kata kawan, tapi tak sanggup berkorban. :P Bukanlah berkorban nyawa, cuma berkorban mungkin dari segi masa dan perhatian. Sekarang memang susah nak cari kawan sejati@sahabat@teman... Semua tu jumpa masa sekolah rendah dan menengah, alam universiti memang agak susah la. Kalau anda jumpa, memang bertuah :D Kata sahabat, tapi kawan sakit pun tak tau, tak prihatin la :P Janganlah terkejut kalau kawan anda cari kawan lain, kalau sikap anda cam tu.

... suka menganggap dan terima sesuatu tanpa selidik dulu. Haaa ni memang banyak berlaku dan boleh tengok dalam kehidupan seharian kita. Kita cepat sangat percaya dengan apa2 yang kita dengar tanpa kita selidik terlebih dahulu. Tak tengok pun, tapi terus percaya dan sebarkan. Haih baik2, jangan sampai kita lak dapat hasil pelaburan fitnah sudah. Apa2 cerita pun kita dengar, kalau boleh pastikan dulu sebelum percaya bulat2. DONT ASSUME!

... tak nak usaha tapi nak semua ada kat depan mata. Haha tipulah kalau tak pernah rasa cam tu. Tapi again, have limits la. Usaha kan tangga kejayaan. Memang la rasa susah la, berat la, sakit la, tapi tu semua akan dapat hasil betul? Dan hasilnya amat manis dan setimpal dengan usaha kita. Jangan la harap semua benda kena diberitahu. Cuba usaha dan cari sendiri :P

... tak tahu untuk menghargai sesuatu. Bila dapat sesuatu, cakap terima kasih tak? Tolongla, kat dunia semua benda ada harganya. Oleh itu, kalau orang tolong anda, cakap la terima kasih, dan pasti orang tu akan tersenyum dan rasa dihargai. Yela, kita akan hargai sesuatu tu selalunya masa benda tu dah hilang atau pergi meninggalkan kita kan? Pastu baru nak menyesal, kan? Janganlah. Hargailah orang yang tersayang dan barang2 yang anda sayang sebab ingatlah, semua tu tak kekal.

... mementingkan harta dan benda melebihi segalanya. Ya, memang hampir segala-galanya perlukan duit tapi duit bukanlah segala-galanya. Janganlah sebab harta boleh merosakkan perhubungan antara sahabat sebagainya. Sebelum apa2 berlaku, masing2 berdoalah supaya hubungan antara semua berjalan lancar dan jauhi dari segala pergaduhan. Zaman sekarang semua possible untuk berlaku. Jangan gelak bila berlaku kat orang lain, sebab bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa baru la rasa perit ke apa.

... pentingkan hal sendiri dan buat tak endah akan hal orang lain. Memang selalu je dengar "jangan jaga tepi kain orang lain". Tapi kalau dah contoh libatkan orang yang kita kenal, contohnya sahabat ke, mesti si sahabat tu mengharapkan ada yang sudi dengar atau defend dia. Tapi selalunya, apa yang sy nampak, orang selalu bersikap "biarlah tu hal dia, pandai2 la dia urus sendiri".

For me, tengok masalah tu macam mana, kalau orang yang menghadapi masalah tu memang tak nak kita campur, ok, janganlah memandai pulak. Tapi kalau orang yang menghadapi masalah tu, nampak macam perlukan seseorang, tolongla dia, janganlah bersikap tak endah. Orang selalu tak nak terlibat untuk kes yang pulaukan orang. Contoh kalau sorang tu kena pulak, semua tak nak tolong dia, sebab takut kena tempias@kena dipulaukan sekali. Ermmmm

Semua perkara di atas, pernah terjadi pada diri sendiri :P dan sy percaya semua yang terjadi ada hikmahnya. Memang penat jumpa dengan macam2 jenis orang dan kena tolerate dengan macam2 jenis perangai TAPI semua ni buat sy lebih matang dan lebih tabah menghadapi cabaran akan datang. Yela kalau dah biasa sangat deal@berhadapan dengan orang2 macam ni, mesti lama2 dah tak rasa apa2 kan :D And yes, no one perfect in this world except out Prophet, Nabi Muhammad S.A.W.

Janganlah dekati sy sebab nak donut nie...



atau sebab nak cupcake nie


tapi dekatilah sy sebab

sy sendiri. Kerana sy ialah sy dan sy juga makhluk Allah di muka bumi ini.

Sebelum akhiri entri ni, nak cakap jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca luahan hati sy yang sebelum ni :D terima kasih sebab bagi komen yang menaikkan semangat dan bersikap prihatin. Sangat terharu dan menghargai anda2 semua :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


6 comments:

aurora itu cahaya said...

Biasa la tu yunk..sesetengah manausia memang pentingkan diri. Orang yang macam nie patut jangan dijadikan kawan, nanti cuma taw mengambil mana yang sempat je kat kita.
=)

SheyPull said...

semua orang mempunyai agenda dia tersendiri....percayalah..:)



JOM singgah blog saya nak...ADe tengok bulan x pada 9.10.11? meh la tengok kalau belum...

adwafarahin said...

terima manusia seadanya mereka kan :)

sUe UnniE;) said...

sbb ade owg yg kuat macam kmu utk diperlakukan macam tu. tak mlwan. redha. say sorry or mybe just let it go easily outside n bleeding inside. see? kte same..hehehe..

well,bkn taknak mlwan tpi diri kte mmg mcm ni kan?

Mohamad Uzair Bin Othman said...

sedapnye donat :)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik