02 July 2013

Rezeki



Assalamualaikum

Hee lama betul tak menulis.. tak mau la cakap sorry kat blog, sebab bila sorry buat lagi dan lagi dan lagi :D 

Saya sebenarnya rasa nak menulis bila marah, sedih, kecewa dan masa perlukan semangat. Tujuan tulis rasanya untuk pujuk diri sendiri kot haha :D Sebab contohla kalau tulis pasal kemarahan tentang sesuatu, last-last akan cuba berfikiran positif dan tulis hikmah di sebaliknya :D yeah pujuk diri..

Rezeki... kita mesti percaya dengan rezeki masing-masing. Ianya dah ditetapkan tapi jangan lupa, usaha itu perlu. Sebab Allah dah janji, orang yang usaha, akan berjaya. Toksahlah nak duk saje.

Rezeki... banyak yang saya dah lalui, yang saya nak tulis dalam blog. Supaya sampai satu masa, saya boleh baca balik dan hargai apa-apa yang saya ada, yang saya lalui :D saya boleh gelak balik atau pun nangis dengan membaca cerita sendiri #eh :D

Rezeki... sebenarnya cita-cita saya dari kecik ialah nak jadi doktor.. Dari kecik telah didedahkan dengan doktor. Bukan sebab selalu sakit, tapi sebab mak saya ialah a medical doctor :D so proud of my mom.. tapi sayang, masa saya kat MRSM Taiping, tak belajar elok-elok. Tak dapat capai cita-cita saya yang saya impikan dari kecik. nangis :'( menyesal? tipula kalau tak menyesal.. 

Rezeki... bila kita tak dapat, kita akan tengok siapa yang lebih bertuah, yang dapat apa yang kita nak. Sesetengah daripada mereka nampak biasa-biasa sahaja. Tapi saya percaya mesti mereka usaha lebih :) dan dapat jadi doktor. Heee tipula kalau tak jeles... Alhamdulillah, ibu bapa saya tak pernah nak paksa saya untuk jadi apa. Sebab kalau paksa, rata-rata saya tengok, akhirnya kalau dia dapat pun jadi apa yang telah dipaksa tu, tapi end up, dah dapat ijazah, dia quit. Sebab bukan cita-cita dia, tapi cita-cita parents.. sayangkan.. lagi satu kes, dia dapat jadi, tapi sentiasa masalah, kena extend la dan lain2. 

Rezeki... ada yang amik medic tapi qualification yang lagi kurang dari saya. Ada yang pernah tanya, kenapa saya tak amik je medic kat mana-mana ipts. Bagi saya, kalau SPM pun tak boleh nak score, hurm medic lagi la berganda-ganda susahnya. Bukan berputus asa tapi tengokla dari awal potensi diri. Sedih memang sedih...rezeki di tempat lain :')

Rezeki... kita selalu tengok rezeki yang ada pada orang. Tapi rezeki kita, kita selalu terlepas pandang dan tidak bersyukur. Dan apabila rezeki itu ditarik, barulah kita menyesal sebab tak bersyukur. Rezeki ini banyak, keluarga, kesihatan, keselesaan, keselamatan, cukup makan dan lain-lain :) rezeki ini macam nikmat la kan?

Rezeki... in the end of the day. Memang saya menyesal sebab tak belajar rajin-rajin :'( tapi saya percaya, ini yang terbaik untuk saya. :) Kalau saya amik medic, mungkin saya tak dapat jumpa keluarga selalu kot hehe.. tak dapat jalan-jalan sana sini. Hee.. kalau saya amik medic, saya tak dapat apa yang saya dapat sekarang :D tapi sesiapa yang amik medic, please buat betul-betul which i know you are trying your best. Please jangan quit bila dah dapat your certificate. Please. 

Rezeki... saya sebenarnya isteri dia #eh haha ok ok berbalik kepada topik. Saya sebenarnya mempertaruhkan masa depan dengan memilih bidang yang saya tak pernah dengar pun pada mulanya... HARTANAH. Yang tiada kaitan langsung dengan Sains. Tapi haluan saya pada mulanya nampak mudah :') sem pertama dapat dean's list dan alhamdulillah setiap tahun dapat dean's list walaupun ada sem yang tak dapat. Sebab satu tahun ada dua sem. Faham ke ek :P Doakan saya dapat first class degree!!! Harap sangat!!! Amin amin.

Buku vs Cendol? =_="

Rezeki... saya mula menyukai bidang ini sebab apabila orang tanya saya amik kos ape. Selepas memberitahu, mereka akan kata, jutawan la saya. :') Sangat suka dengan doa tu. Amin amin.. tapi saya mula menangis sebab bidang ini apabila di tahun akhir. Iaitu sekarang :'( sebab berhadapan dengan Projek Sarjana Muda(PSM) aka final year project(fyp). Susahnya nak puaskan hati orang dengan kerja kita. Sebab apa yang saya beri ialah satu idea ataupun satu kajian yang akan membantu dalam memperbaiki sesuatu. Oleh itu, banyak yang perlu dibaca, banyak yang perlu dibetulkan. 

Sebelum balik cuti semester, jumpa dengan supervisor. Dia banyak memberi tunjuk ajar, tapi mungkin kerana dia mengatakan markah saya agak rendah untuk PSM 1, terus saya rasa down. Masa supervisor tengah menunjukkan kesalahan saya satu persatu dalam kertas kerja saya buat, air mata mengalir. Lepas tu terus laju dan saya pulak yang dah tak boleh cakap sebab nangis. Malu sangat nangis depan supervisor. Dan supervisor kata, masa dia buat phd lagi la susah dan setiap hari nangis. 

Rezeki... takpe la.. saya akan buat yang terbaik. Saya tahu saya agak malas nak membaca, tapi minat membaca tu, alhamdulillah datang jugak. Mungkin sebab saya nak tahu dan nak tahu. Tapi becinta jugak la nak cari bahan bacaan yang membantu, betul-betul membantu.

Sekarang, harapan saya ialah nak menamatkan apa yang saya mulakan iaitu complete my degree with a first class degree. Sangat berharap!!! Sebab mungkin itu boleh memujuk hati saya balik dan dapat membuatkan kedua ibu bapa saya bangga dengan kejayaan saya :') Tapi ibu bapa sentiasa bangga dengan anak-anak mereka kan :') 

Habis exam, so it's holiday!
Rezeki... ingatlah rezeki kita lain-lain, mungkin apa yang kita nampak hanya luaran yang menyenangkan, indah, tetapi dalaman? Hanya Allah sahajalah yang tahu :') Rezeki kita? InsyaAllah ada, jika kita percaya :') dan juga usaha. Usaha, berdoa dan apa-apa selepas itu tawakal... redha dengan ketentuannya :')


Nur Syafiqa Aiman... it's ok to be whatever you want to be, as long as you believe in it :') and always try your very best in whatever you want to do :) -mama


xoxo
Syafiqa







13 March 2013

Hikmah

Assalamualaikum,

Wahai hati, sabarlah kamu :')
Bahagia itu memang mahal harganya. Sabarlah walaupun dilanda ombak dan badai dan percayalah akan hikmahNya.

Wahai hati, sabarlah kamu,
Walaupun mungkin orang-orang yang pernah ada dalam hidup kamu tidak kekal. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Put trust in Allah :)

Ya, saya pun mahu bahagia macam orang lain, tetapi bila dah bahagia, kenapa orang tu akan tinggalkan saya? :'(
Again, put trust in Allah. Apa yang dosa selalu dipandang manis di dunia. Kerana syurga mahal harganya.

Syafiqa, percayalah, Allah ingin kamu menjaga diri untuk seseorang yang istimewa :)
Sentiasalah muhasabah diri dan perbaiki diri ke arah menjadi khalifah yang solehah :)
Hey Mr i dont know who you are, i do believe you also prepare yourself to be a good khalifah right? ;)

Sabarlah wahai hati,
Mungkin banyak yang kita mahukan di dunia tetapi tidak kita dapati. Pandanglah hikmahNya. Syukurilah segala apa yang kita ada. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk merasai kebahagian daripada makhlukMu yang paling ku sayangi selain Allah dan Rasul iaitu kedua ibu bapaku, adik beradikku dan keluargaku :)

Sabarlah wahai hati,
Memang sahabat di kala senang senang dicari. Sahabat di kala susah susah pula dicari dan mahal harganya.
Saya redha jika ada sahabat yang tidak mengganggapku sebagai sahabatnya. Saya memang ada kekurangan dan mungkin inilah yang terbaik pada masa ini. Put trust in Allah, Syafiqa :')

Sahabat yang baik akan menjaga ikhtilat.
Sahabat yang baik akan menjaga hati kita dan sentiasa mengingatkan kita akan pencipta yang satu iaitu Allah.
Ini kerana sahabat yang baik itu tidak mahu melihat kita terseksa di akhirat kelak.

Sabarlah wahai hati :')

11 March 2013

Rindu

Assalamualaikum,

Hurm nak buat apa ye kalau kita rindu kan orang tu sangat-sangat? Berdoalah wahai hati!!!!

Saya rindu, saya rindu, saya rindu sangat pada makhluk Allah ni. Saya rindu oren. Kucing saya!!!

Ok tu dua bende yang berbeza, rindukan manusia dan rindukan kucing oren :)

Sebenarnya saya rindukan orang yang pernah "care" terhadap saya. Dari lepas matrik ke spm ek dia ada? Haha lupa. Tapi rasanya lepas matrik kot.

Saya rindu dia yang dulu :'(

Saya perlu "shield" diri saya daripada semua ni. Pada satu hari itu nanti, barulah saya akan wujudkan perasaan cinta tu kembali hanyalah pada insan yang bergelar suami :)

In shaa Allah panjang umur, akan la ada rezeki dan jodoh itu nanti.

Put trust in Allah dan bersangka baiklah dengan Allah.

Xoxo
Syafiqa