02 July 2013

Rezeki



Assalamualaikum

Hee lama betul tak menulis.. tak mau la cakap sorry kat blog, sebab bila sorry buat lagi dan lagi dan lagi :D 

Saya sebenarnya rasa nak menulis bila marah, sedih, kecewa dan masa perlukan semangat. Tujuan tulis rasanya untuk pujuk diri sendiri kot haha :D Sebab contohla kalau tulis pasal kemarahan tentang sesuatu, last-last akan cuba berfikiran positif dan tulis hikmah di sebaliknya :D yeah pujuk diri..

Rezeki... kita mesti percaya dengan rezeki masing-masing. Ianya dah ditetapkan tapi jangan lupa, usaha itu perlu. Sebab Allah dah janji, orang yang usaha, akan berjaya. Toksahlah nak duk saje.

Rezeki... banyak yang saya dah lalui, yang saya nak tulis dalam blog. Supaya sampai satu masa, saya boleh baca balik dan hargai apa-apa yang saya ada, yang saya lalui :D saya boleh gelak balik atau pun nangis dengan membaca cerita sendiri #eh :D

Rezeki... sebenarnya cita-cita saya dari kecik ialah nak jadi doktor.. Dari kecik telah didedahkan dengan doktor. Bukan sebab selalu sakit, tapi sebab mak saya ialah a medical doctor :D so proud of my mom.. tapi sayang, masa saya kat MRSM Taiping, tak belajar elok-elok. Tak dapat capai cita-cita saya yang saya impikan dari kecik. nangis :'( menyesal? tipula kalau tak menyesal.. 

Rezeki... bila kita tak dapat, kita akan tengok siapa yang lebih bertuah, yang dapat apa yang kita nak. Sesetengah daripada mereka nampak biasa-biasa sahaja. Tapi saya percaya mesti mereka usaha lebih :) dan dapat jadi doktor. Heee tipula kalau tak jeles... Alhamdulillah, ibu bapa saya tak pernah nak paksa saya untuk jadi apa. Sebab kalau paksa, rata-rata saya tengok, akhirnya kalau dia dapat pun jadi apa yang telah dipaksa tu, tapi end up, dah dapat ijazah, dia quit. Sebab bukan cita-cita dia, tapi cita-cita parents.. sayangkan.. lagi satu kes, dia dapat jadi, tapi sentiasa masalah, kena extend la dan lain2. 

Rezeki... ada yang amik medic tapi qualification yang lagi kurang dari saya. Ada yang pernah tanya, kenapa saya tak amik je medic kat mana-mana ipts. Bagi saya, kalau SPM pun tak boleh nak score, hurm medic lagi la berganda-ganda susahnya. Bukan berputus asa tapi tengokla dari awal potensi diri. Sedih memang sedih...rezeki di tempat lain :')

Rezeki... kita selalu tengok rezeki yang ada pada orang. Tapi rezeki kita, kita selalu terlepas pandang dan tidak bersyukur. Dan apabila rezeki itu ditarik, barulah kita menyesal sebab tak bersyukur. Rezeki ini banyak, keluarga, kesihatan, keselesaan, keselamatan, cukup makan dan lain-lain :) rezeki ini macam nikmat la kan?

Rezeki... in the end of the day. Memang saya menyesal sebab tak belajar rajin-rajin :'( tapi saya percaya, ini yang terbaik untuk saya. :) Kalau saya amik medic, mungkin saya tak dapat jumpa keluarga selalu kot hehe.. tak dapat jalan-jalan sana sini. Hee.. kalau saya amik medic, saya tak dapat apa yang saya dapat sekarang :D tapi sesiapa yang amik medic, please buat betul-betul which i know you are trying your best. Please jangan quit bila dah dapat your certificate. Please. 

Rezeki... saya sebenarnya isteri dia #eh haha ok ok berbalik kepada topik. Saya sebenarnya mempertaruhkan masa depan dengan memilih bidang yang saya tak pernah dengar pun pada mulanya... HARTANAH. Yang tiada kaitan langsung dengan Sains. Tapi haluan saya pada mulanya nampak mudah :') sem pertama dapat dean's list dan alhamdulillah setiap tahun dapat dean's list walaupun ada sem yang tak dapat. Sebab satu tahun ada dua sem. Faham ke ek :P Doakan saya dapat first class degree!!! Harap sangat!!! Amin amin.

Buku vs Cendol? =_="

Rezeki... saya mula menyukai bidang ini sebab apabila orang tanya saya amik kos ape. Selepas memberitahu, mereka akan kata, jutawan la saya. :') Sangat suka dengan doa tu. Amin amin.. tapi saya mula menangis sebab bidang ini apabila di tahun akhir. Iaitu sekarang :'( sebab berhadapan dengan Projek Sarjana Muda(PSM) aka final year project(fyp). Susahnya nak puaskan hati orang dengan kerja kita. Sebab apa yang saya beri ialah satu idea ataupun satu kajian yang akan membantu dalam memperbaiki sesuatu. Oleh itu, banyak yang perlu dibaca, banyak yang perlu dibetulkan. 

Sebelum balik cuti semester, jumpa dengan supervisor. Dia banyak memberi tunjuk ajar, tapi mungkin kerana dia mengatakan markah saya agak rendah untuk PSM 1, terus saya rasa down. Masa supervisor tengah menunjukkan kesalahan saya satu persatu dalam kertas kerja saya buat, air mata mengalir. Lepas tu terus laju dan saya pulak yang dah tak boleh cakap sebab nangis. Malu sangat nangis depan supervisor. Dan supervisor kata, masa dia buat phd lagi la susah dan setiap hari nangis. 

Rezeki... takpe la.. saya akan buat yang terbaik. Saya tahu saya agak malas nak membaca, tapi minat membaca tu, alhamdulillah datang jugak. Mungkin sebab saya nak tahu dan nak tahu. Tapi becinta jugak la nak cari bahan bacaan yang membantu, betul-betul membantu.

Sekarang, harapan saya ialah nak menamatkan apa yang saya mulakan iaitu complete my degree with a first class degree. Sangat berharap!!! Sebab mungkin itu boleh memujuk hati saya balik dan dapat membuatkan kedua ibu bapa saya bangga dengan kejayaan saya :') Tapi ibu bapa sentiasa bangga dengan anak-anak mereka kan :') 

Habis exam, so it's holiday!
Rezeki... ingatlah rezeki kita lain-lain, mungkin apa yang kita nampak hanya luaran yang menyenangkan, indah, tetapi dalaman? Hanya Allah sahajalah yang tahu :') Rezeki kita? InsyaAllah ada, jika kita percaya :') dan juga usaha. Usaha, berdoa dan apa-apa selepas itu tawakal... redha dengan ketentuannya :')


Nur Syafiqa Aiman... it's ok to be whatever you want to be, as long as you believe in it :') and always try your very best in whatever you want to do :) -mama


xoxo
Syafiqa







No comments: