COMEL
Assalamualaikum,(waalaikumussalam :D)
Pe khabar semua? Haaa apa yang tetiba comel ni. Sebenarnya nak sambung tajuk tu, setompok awan itu, sangatlah COMEL. Masa dalam perjalanan ke Grik, nak tengok adik, tengoklah langit. Dalam hati, berkata "Cantiknya langit nie". My mum pun kata langit nampak tenang je, malam tadi ke Malam Lailatul Qadar?, ermm kita hanya boleh meneka dan rasa je. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu kan. Act, ni gambar ahad lepas :P
Tengah2 tengok luar tingkap, nampak la ni...

Comelnya setompok awan itu :D Tenang je

Tengok langit tu, subahanallah

Cantik sangat kan?

Sampai ke destinasi. Tengok awan yang cantik lagi

Masa nak balik, setompok besar awan :D

Setompok kecik awan, macam kasut pun ada, macam fairlady Z pun ada. Eh ye ke?

Korang nampak setompok awan yang kecik tu sebagai apa?
Haha, macam nak tergelak, buat entri pasal setompok awan, sebenarnya banyak lagi gamabr, tapi takut anda2 semua bosan lak nanti :P. Haaa banyak beno guna perkataan setompok awan :D. Kesimpulannya, bertompok-tompok awan dapat kita lihat, kann. Btw nak tunjukkan kat sini, bertapa cantik dan indahnya ciptaan Allah. Masa kita melihat tu, cakaplah subahanallah. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Aminnn.
Alamak, bulan ramadhan nak habis dah :( harap kita bertemu lagi wahai bulan ramadhan...
xoxo
Syafiqa