Showing posts with label Ramadhan :). Show all posts
Showing posts with label Ramadhan :). Show all posts

25 August 2011

Instant dan sangatttt sedap tapi bukan maggi




Assalamualaikum

Alahai, hari nie dah 25 ramadhan T_T. Lagi beberapa hari je nak berakhir ramadhan ni. Sedihh2. Moga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan.

Ok, dah 25 hari berpuasa ni, hari ni dah tentukan nak makan apa? Ke dah kehabisan idea? Dengan entri ni, harap membantu anda2 semua :D Sebenarnya, ni semua sebab masa tu dah lambat la jugak kalau nak masak, so terus cari kat stor makanan dan tengok apa2 yang boleh dibuat. Dan sy jumpa ini...


Instant :D


Dalam dia :D Tak pasti pulak harganya berapa.

Untuk sup, tumis bawang putih dan halia, lepas tu masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Letak garam sikit :D

Lepas tu masak ayam yang dah diperap dengan madu, sos tiram dan kicap. Sedapppp, tapi sorry la, tak tangkap gambar pulak.

Alamak, banyak la pulak yang kena buat, hehe yang instant tu nasi je :D tapi kalau ikut arahan kat belakang paket Nasi ayam instant ni, air dia letak 600ml untuk 500gram beras. Tapi tu tukar, sebab kalau sikit air, beras tak berapa lembut. So letak 6 1/2 cawan air, ikut je sukatan masak nasi macam biasa. Ikut resepi ni pun boleh, My Resepi

Siap, sedia dihidang, kari ayam babas, eh silap, nasi ayam instant tapi ayam dan sup tak instant, hehe.

Masa berbuka puasa, guess what, sy tambah nasi ni, 6-7 kali. Memang malu la nak ngaku, tapi nak kata yang instant ni, memang menjadi dan sangat SEDAPPPP :D

Haa untuk minuman pulak, minuman instant...

Perkenalkan, Lipton icetea dan Nestea


Sedapp, sejuk pulak tu :D

Sediakan air sejuk, ala2 takat botol nestea tu, dan tuang je serbuk dalam paket tu, goncang2 :D

Dulu, masa mula2 minum nestea, haaa semua air memang tak layan laaa, tapi bila start cuba Lipton icetea, alamaakk, lagi best :D. Tapi depends on anda semua, lain individu, lain kesukaan :D

Kalau nestea, ada dua jenis, dalam kotak atas ni, ada lima paket. Satu paket besar tu untuk 5 orang terus. Lagi satu, dalam satu paket plastik tu, ada 20 paket kecik, untuk seorang. :D

Kalau Lipton icetea, ada satu jenis je, ala2 macam kotak kat atas, dan ada 5 paket. Satu paket tu, untuk 5 orang kalau tak silap :D

Ops panjang lebar la pulak. Oklah hope this will helps all of you :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Setompok awan itu, sangatlah...




COMEL

Assalamualaikum,(waalaikumussalam :D)

Pe khabar semua? Haaa apa yang tetiba comel ni. Sebenarnya nak sambung tajuk tu, setompok awan itu, sangatlah COMEL. Masa dalam perjalanan ke Grik, nak tengok adik, tengoklah langit. Dalam hati, berkata "Cantiknya langit nie". My mum pun kata langit nampak tenang je, malam tadi ke Malam Lailatul Qadar?, ermm kita hanya boleh meneka dan rasa je. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu kan. Act, ni gambar ahad lepas :P

Tengah2 tengok luar tingkap, nampak la ni...

Itu dia, setompok awan :D


Comelnya setompok awan itu :D Tenang je


Tengok langit tu, subahanallah


Cantik sangat kan?


Sampai ke destinasi. Tengok awan yang cantik lagi


Masa nak balik, setompok besar awan :D


Setompok kecik awan, macam kasut pun ada, macam fairlady Z pun ada. Eh ye ke?


Korang nampak setompok awan yang kecik tu sebagai apa?

Haha, macam nak tergelak, buat entri pasal setompok awan, sebenarnya banyak lagi gamabr, tapi takut anda2 semua bosan lak nanti :P. Haaa banyak beno guna perkataan setompok awan :D. Kesimpulannya, bertompok-tompok awan dapat kita lihat, kann. Btw nak tunjukkan kat sini, bertapa cantik dan indahnya ciptaan Allah. Masa kita melihat tu, cakaplah subahanallah. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Aminnn.

Alamak, bulan ramadhan nak habis dah :( harap kita bertemu lagi wahai bulan ramadhan...

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


21 August 2011

Berbuka bersama Blogger Perak




Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Wah kita dah masuk fasa ketiga ramadhan. Doalah semua mintak dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Sebenarnya, baru je balik dari berbuka puasa bersama Blogger Perak. Ini memang pertama kali la join event. Kat KE Corner, Taiping. Sumpah segan, hehe. Tapi harap lepas ni insyaAllah tak segan dah :D

Tadi masa datang memang senyap je, tapi seronok tengok semua orang. Happy :D For me, macam family. Lepas ni, boleh la berkenalan dengan semua, insyaAllah, tadi sy balik awal sebab mak ada kat rumah. So tu yang lepas makan terus pff hilang. :D

Btw special thanks to Kak Reena, yang sudi buat event ni, seronok dapat join. Makanan pun guess what, ada tom yam, daging, ikan :D, sayur, telur, kuih2. Semua rm 10 seorang, cool kan. Memang berbaloi-baloi. Lepas tu ada yang bawak kek, sedapp. Ops bagi sesiapa yang tak datang, sorry, lepas nie insyaAllah jom buat lagi :D Raya jemput datang rumah(tetibe je) :D Ada berkenalan dengan ila, duk sebelah dia, thx for the nasihat supaya jangan dok segan :D

Dan lagi satu, nak mintak maaf, sebab segan sangat. Tak berkenalan sangat pun. Gambar pun tangkap dari tempat duduk je, maaf sangat :P


Kak Reena :D

Air warna oren tu, hasil invention merah + yellow :D

Jemput makan.

Semoga lepas ni, akan meriah lagi, dan dapat berkenalan dengan ramai lagi serta beramah mesra :D Sapa yang join tadi meh tegur sini, akan sy terjah blog anda2.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

17 August 2011

Setiap ramadhan, makin bertambah kedai kat bazar ramadhan, kenapa???





Bazar Ramadhan, sumber google :D


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Haaa anda semua dah juzuk berapa dah? Sempat habis tak? Harap2 semua sempat la habiskan sampai 30 juzuk dan khatam sama2, insyaAllah.

Bila baca tajuk di atas, ehhhh panjang la pulak :P Tapi korang perasan tak, tahun ni, makin ramai orang berjual kat bazar ramadhan berbanding tahun sebelum-sebelumnya kan? Dan rasanya, ramadhan tahun depan, akan bertambah-tambah lagi la gamaknya. Tapi KENAPA? KENAPA? Cara soal ni, macam isu negara, macam masalah besar pulak :D

Ni cek nak habaq mai, sebab, bulan ramadhan ialah bulan rezeki. Ini terbukti apabila ramadhan tiba, hampir semua orang nak berniaga kerana pada bulan ini rezeki melimpah ruah. Kita dapat lihat, walaupun ada yang tak pernah berniaga, akan cuba belajar bab2 yang dia rasakan dia boleh buat untuk berniaga dan seterusnya berniaga. Contoh, perniagaan makanan la terutamanya, haaa kat bazar ramadhan macam lauk pauk, kuih muih, dan nak raya, mesti ada kuih raye. Lepas tu perniagaan pakaian pulak, seperti baju raya dan macam2 lagi.

Ok, sekarang nak cakap pasal bab makanan. Kepada peniaga-peniaga, dan juga bakal2 peniaga, ada beberapa perkara yang anda kena pastikan. Apa dia?
  1. Pastikan gunakan bahan yang bersih dan halal. Ini penting, supaya makanan yang kita jual tu, dijamin halal dan tak basi. Bayangkan kalau basi, pembeli yang makan tu, akan sakit dan ini akan memberi kesan terhadap ibadah yang dia nak buat, kan? Dah sakit perut pulak, atau lebih teruk keracunan, ishk2, terawih kemana? Baca Al-Quran? Semua ni macam domino. Nanti tak pasai penjual, salahhh andaa :P
  2. Jaga kebersihan kedai. Pastikan kat area kedai kita bersih :D (Macam sama ngan atas pulak, eh atas cakap pasal bahan XD)
  3. Harga yang berpatutan. Kadang2, bila bulan ramadhan, harga melonjak naik, jangan, sian kat pembeli, so berpatutan la :D
  4. Jaga aurat. Penjual haruslah tutup aurat. Barulah insyaAllah apa2 yang kita buat tu, mendapat berkat. Lagipun tutup aurat kan WAJIB!
  5. Elakkan pergaulan bebas. Toksahlah nak bertepuk tampo lak ye. Jaga batas2 pergaulan. Jaga jarak anda.
  6. Solat, ni memang paling penting. Tinggalkan solat sebab bersungguh-sungguh berniaga? Stop! Solat dulu, nanti sambunglah, pentingkan rukun islam dulu. Apa guna puasa kalau tak solat, hanya tahan lapar dan dahaga je?
Jangan nak cari duit je, cari keberkatan, redha Allah dan rezeki, insyaAllah. Kalau berkat, insyaAllah sikit pun cukup, tapi kalau tak berkat, banyak macam mana pun, berjuta-juta lemon pun, masih rasa tak cukup.

Sebenarnya, semua nie, credit to TV ALHijrah, Segmen Muhasabah Diri, Tajuk "Ramadhan Bulan Rezeki" . Pukul 1 pagi, hari isnin lepas. Tengah2 tengok cerita tu, salin keypoint dan buat entri nie, harap semua dapat ambil sebanyak mungkin ilmu :D Salam ramadhan.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

15 August 2011

Terharu, sedih, dan nak berubah jadi lebih baik. Transformasi



Assalamualaikum,

Sebenarnya, masa tulis nie, tengah berlinangan air mata. Waaaa serious rasa apa yang dah buat selama nie, macam tak cukup. InsyaAllah saya nak berubah ke arah yang lebih baik.

Kata-kata kak Wardina yang saya nak share kat sini:

"Sekiranya kita nak jadi baik, kita ambil keputusan untuk jadi baik, Allah akan hantar orang-orang baik untuk berkawan dengan kita"

"Orang yang mengambil langkah ke jalan Allah itu, tak pernah rugi dan tak pernah akan menyesal"

"What ever happens, I trust Allah, Allah give the best for me"



"Islam is cool, and Islam is only the way of life :D"

Do enjoy the video dan ambillah sebanyak mungkin iktibar. Semoga kita semua menjadi khalifah Allah yang lebih baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Apabila ahli syurga berkata-kata





Assalamualaikum,

First of all i wanna say, thousands of thanks so Ben Ashaari, coz i joined his segment entitle BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK? And the result? Although some of them just drop by and comment, but not to forget, some of them even gave a brilliant ideas about how to improve on how my blog's appearance. Thanks again :D Do drop by and give your excellent comment again ya :D Really appreciate those thought :D

Haaa dah habis pun syarahan terima kasih dari saya. Ok, kalau ikut tajuk di atas suspen tak? Ahli syurga? Siapa ahli syurga? Oklah nak cakap pasal my sis, yang sangat cute. Tapi mesti semua akan tertanya-tanya. Nape pandai2 je cakap ahli syurga. Sebab my mum kata, mereka yang belum baligh lagi ialah ahli syurga, diorang jujur dan kalau diorang mintak doa, insyaAllah termakbul :D tapi seram juga nak cakap pasal nie, sebab takut tersalah pulak :D

Sebenarnya, nak cakap pasal my little sis, tahun nie, berpeluang tengok dia berpuasa, ye la, sebelum-sebelum nie, kat asrama la, sana la, sini la. Masa hari ketiga berpuasa, masa tu adalah dalam 8-10 minit nak berbuka. My little sis tu, mungkin dah lapaq sangat, n guess what? Dia cakap "entah entah, orang yang azan tu, tertido, tu yang dia lambat azan".

Ya rabb, hahahah si kakak dia aka ME, yang mendengar, terus tergelak sambil terbatuk-batuk sebab rasa tak boleh blah. Boleh pulak cakap macam tu, hehe. Dia memang cute, pandai bercerita. Suka tengok mimik muka dia, so cuteee, baru tujuh tahun :D

She's cute, she's adorable but also she know how to make you laugh :D



Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

31 July 2011

Salam ramadhan, mesti baca dan tonton!



Assalamualaikum,

How r u? Great? Btw seperti yang kita semua tahu, ramadhan datang lagi. Alhamdulillah :D Jumpa lagi dengan ramadhan. Dan ramai yang akan buat entri mengenai bulan yang mulia ini. Sy pun tak terkecuali.

Ok, straight to the point. Bulan ramadhan datang setahun sekali je. Oleh itu, kena la terus set, apa2 yang kita nak capai dalam bulan ini.

  • Beli baju raya siap2?
  • Buat kuih raya banyak2?
  • Beli banyak juadah berbuka puasa?
  • Boleh tido lama2?
Haaaa jangan la macam tu, masa bulan nie la kita boleh fokus dan tingkatkan amalan2 kita. Syaitan digari, kalau contohla kita masih tak berubah ke arah kebaikan, maknanya there must be something wrong somewhere. Sebab mungkin nafsu tak elok dah menguasai diri. Dalam bulan Ramadhan ni, jom
  • Solat terawih :D
  • Khatam Al-Quran 30 juzuk
  • Bermaaf-maafan sesama kita
  • Berbuka puasa secara sederhana
  • Banyakkkan berzikir dan selawat
  • Kejar keberkatan, malam Lailatul Qadar, insyaAllah
  • Berzakat
Harap2 dapat la khatam lagi, aminnn. Yeah kena disiplin. Sama2 la kita memaksimakan bulan ramadhan ini sebaik mungkin,sebab kita tak tahu adakah sempat kita merasai bulan Ramadhan seterusnya.

Salam Ramadhan

Jom tengok video inianwarhadi, :D


Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

14 August 2010

Take five with Ramadhan :)

Assalamualaikum, lets have a take five with Ramadhan :)

One... lambatkan bersahur, mase sahur tu makanla makanan yang dapat berikan kite tenaga sepanjang hari contohnye kurma dan oat :)

Tw0... Bersederhana, bile nak beli makanan berbuka,beli jangan ikut nafsu tapi ikut akal iaitu fikir boleh habiskan ke x makanan tu nanti sebab x elok membazir kan...
Three... Cepatkan berbuka,apabila masuknya waktu,bukan belum azan dah nak berbuka tau. Sebenarnya,bile dah azan berdoa and terus berbuka puasa,jangan lengah2. Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”



Four... Solat terawih. Kalau ikutkan bulan ramadhan je ade solat terawih.Oleh itu rebutlah peluang solat terawih nie ye

Five...Khatam Al-Quran 30 juzuk,insyaAllah. Kalau nak khatam,baca Al-Quran setiap kali lepas solat dalam dua ke tiga muka surat ok :D



ok,that is all for now,till we meet again

xoxo
Syafiqa