19 June 2010

First Impression

Assalamualaikum,hello there...yup as stated above,i would like to talk about first impression, like how to win the first impression. But before that,for today's post,i want to write in Bahasa :) sebenarnye idea nie datang apabila sy mendapat tawaran upu, sy mendapat tawaran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Johor. Ye di Johor dan sy duduk di Perak,sangatla jauh kan.

Alhamdulillah, sy percaya di situlah rezeki saya dan itulah tempat yang terbaik untuk sy pada mase ini. Ok berbalik pada tajuk nie,sbb sy bakal masuk universiti, sy ingin kongsi pendapat sy bersama anda semua mengenai pandangan pertama atau first impression. Sy akan melalui sesi pendaftaran,insyaAllah pada 3 julai 2010 ini. Dan di situlah sy perlu memenangi pandangan pertama semua org :) Di sini sy ingin kongsikan pandangan dan cara2 sy untuk memenangi the first impression


Sebelum tu,sy percaya first impression itu penting, walaupun selalu kite dengar, "Dont judge a book by it's cover" tapi kite mmg x boleh lari drpd menilai sesuai itu. Contohnye kalau buku,buku itu berwarna warne,mesti kite rase buku tu boleh buat kite happy ataupun buku tu ade unsur-unsur hiburan,begitu juga kalau kulit depan buku tu menunjukkan gambar org yg sedang mengalirkan air mata,automatik dalam kepala kite kate buku nie mesti kisah sedih. Dan kebanyakkan penulis sendiri buat kulit depan sesuatu buku tu,berkaitan dengan tajuk dan mungkin kita boleh judge a book by it's cover.

Contoh di atas boleh juga digunakan untuk manusia,sebagai contoh cara pemakaian,kulit depan diri kita, apa yang kita tonjolkan pada orang, orang akan terus menafsir tanpa menyelidik kan? Contohnya,kalau seseorang itu memakai pakai yang hitam,gelap dan muke pun masam je, semestinya orang lain terus berkata orang itu macam misteri je..kan? ok nasihat untuk sy dan semua,utk memenagi first impression,bermula pada apa yang anda pakai
  1. Pakai sesuatu yang selesa,jangan ketat dan jangan longgar sangat,kalau boleh warna cerah. contohnye kalau nak pergi untuk hari pendaftaran,pakailah baju kurung yang berwarna cerah,tapi jangan cerah sangat sampai silau atau macam baju orang nak kahwin,tu dah lain tu :)
  2. Baju corak simple. Baju tu pun penting ye,sebab kalau boleh tak nak corak abstrak atau complicated sebab orang yang tengok pun boleh pening,walaupun kite rase,"ala abstrak je... mesti orang susah nak tafsir sy". Jangan,sebab kita nak berkawan mestila welcoming :) Kalau boleh corak yang simple dan sedap mata memandang
  3. Pakai tudung plain,kosong. Kalau yang pakai tudung,biarlah tudung tu plain,kosong,sebab kalau baju dah berbunga,biarlah tudung tu kosong kan... kalau tudung tu dah banyak corak,tudung dekat dengan muka,terus orang boleh tafsir yang kita nie serabut. Jadi,tudung plain ye :)
  4. Assesori yang sederhana,kalau boleh pakai la just one bracelet,just one,dan amalkan konsep,less is more,jangan macam orang nak jual gelang nampak,sebab banyak sangat gelang di tangan ><
  5. Kasut yang sesuai dan selesa.Kasut? Macam tak penting kan to win the first impression? hhaha, kasut pun penting tau, kalau dalam peraturan suruh pakai kasut hitam bertutup,pakaila kasut cam tu ye,tapi kalau pihak universiti tak cakap,pakaila kasut yang flat atau yang ade heels tapi sikit je. Jangan pakai kasut yang sangat tinggi sebab nanti orang lain mungkin rase inferior terhadap kita dan akan memberi impression yang not so good terhadap kita. :)
  6. Senyum... pada hari pendaftaran nanti,sy rasela,kita dapat lihat muka orang-orang yang tension dan penat menunggu hehe,jadi,kita kenalah senyum,sy percaya semua orang cuak pada hari pertama,n with smile,it helps :) bukan kena bayar pun kan :)senyum dan mulakan berkenalan,masa nie la kaut kawan banyak-banyak sebab masa nie semua orang macam dapat kawan baru dan saling tak kenal,kalau masa lain mungkin dah segan kot,mungkin,ikut keselesaan la
  7. Mulakan perbualan dengan baik.Kalau nak mulakan perbualan,mulakan perbualan dengan baik,contohla kalau orang tu nampak macam tengah emo,kalau boleh jangan kaco,takut nanti jadi lain,but kalau nampak orang tu macam ok je,tegur la,maybe boleh hilang sikit kegusaran di hati :)
  8. Jangan buat muka. Semestinya di hari pertama,ramai orang yang akan saling memandang. Nak tengok bakal kawan-kawan dia lah katakan :) Contohlah kalau seseorang tu tengok anda lama-lama,jangan buat muka macam"eh,sy x pakai baju ke?", atau pandangan macam" oit, tak pernah tengok orang ke". Contohla kalau anda buat pandangan tu,semestinya orang yang lihat anda tadi,tak jadi nak kenal dengan anda dah,haha, kalau kejadian ini terjadi, senyum je la :)

No comments: