Showing posts with label Share some tips. Show all posts
Showing posts with label Share some tips. Show all posts

27 August 2011

How could i forget that, Saturday is a NO PLASTIC DAY!





Assalamualaikum,

Ok, kejadian ni berlaku pada Sabtu lepas,

Lokasi; Tesco
Waktu; tak pasti, tapi masa tu dah kat cashier, nak bayar.
Bersama; My ahli syurga :D

Orang depan kami yang tengah bayar barang, tiba2 last sekali, dia ambik beg, gambar transformers(yang ala2 green bag tu) dan bayar. Dalam hati saya berkata, "Rajinnya dia beli beg tu, :D"

Pastu tengok cashier, satu barang pun dia tak letak dalam beg plastik, hati saya berkata lagi, "eh plastik habis ek". Then, it's trigger my mind, dan terus dengan kalutnya, tanya ahli syurga. " hari ni, hari apa? Sabtu ek?". Dia pun menjawap, haah. Ayoyo, how could i forget that, T.G.I.F. ehh apekah, i mean, Saturday is a NO PLASTIC DAY!.

Selalunya bawak handbag :p hehe macam dah besaq lak, dalam tu adalah beg shopping yang leh lipat2 tu, tapi on that day, tak bawak. Terus jadi macam orang depan tadi, dengan kalutnya amik 2 greenbag, dan bayar. Ohhh, melayang 8 hengget ku. Bukan apa, selalu kalau shopping, mesti bawak, banyak2 shopping beg, sebab kat TESCO, dapat point. Tapi yeah, on that day, lupa pulak :(



Ni lah, my shopping beg, cepat kata comel. Sapa kata tak comel, sangatlah tak COOL, XD


My first Green Bag, :D beli dua, jadi 8 hengget, satu rm 3.99 kot, kalau x silap la, kalau silap sorry :D

So ingatlah anda semua yang, SATURDAY IS A NOOOO PLASTIC BAG! Nak BB? Klik sini

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


26 August 2011

Finally :D





Assalamualaikum

Haaa dah dapat pun cara nak selaraskan waktu semasa iaitu waktu sekarang, dengan waktu kat blog. Tanya2 kat fb, last2 ada yang sudi membantu. Special thanks to iEYLA :D

Thanks tau, alang2 dah tau, meh sy ajar korang2 yang senasib ngan sy sebelum2 nie. Ini adalah tutorial untuk ubah waktu blog mengikut waktu tempatan, iaitu tempat anda. First tekan DASHBOARD kat blog anda. Tekan setting.


Tekan formatting...



Scroll down, sampai nampak ni...


Dan pilihla waktu anda, kalau macam kat Malaysia, pilih Kuala Lumpur. Yeaaaaa berjaya :D so anda punya waktu akan sentiasa up to date dengan waktu di blog. Thanks a lot iEYLA :D.

Dalam hati, tengah cakap FINALLYYYY, banyak2 kali :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

17 August 2011

Setiap ramadhan, makin bertambah kedai kat bazar ramadhan, kenapa???





Bazar Ramadhan, sumber google :D


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Haaa anda semua dah juzuk berapa dah? Sempat habis tak? Harap2 semua sempat la habiskan sampai 30 juzuk dan khatam sama2, insyaAllah.

Bila baca tajuk di atas, ehhhh panjang la pulak :P Tapi korang perasan tak, tahun ni, makin ramai orang berjual kat bazar ramadhan berbanding tahun sebelum-sebelumnya kan? Dan rasanya, ramadhan tahun depan, akan bertambah-tambah lagi la gamaknya. Tapi KENAPA? KENAPA? Cara soal ni, macam isu negara, macam masalah besar pulak :D

Ni cek nak habaq mai, sebab, bulan ramadhan ialah bulan rezeki. Ini terbukti apabila ramadhan tiba, hampir semua orang nak berniaga kerana pada bulan ini rezeki melimpah ruah. Kita dapat lihat, walaupun ada yang tak pernah berniaga, akan cuba belajar bab2 yang dia rasakan dia boleh buat untuk berniaga dan seterusnya berniaga. Contoh, perniagaan makanan la terutamanya, haaa kat bazar ramadhan macam lauk pauk, kuih muih, dan nak raya, mesti ada kuih raye. Lepas tu perniagaan pakaian pulak, seperti baju raya dan macam2 lagi.

Ok, sekarang nak cakap pasal bab makanan. Kepada peniaga-peniaga, dan juga bakal2 peniaga, ada beberapa perkara yang anda kena pastikan. Apa dia?
  1. Pastikan gunakan bahan yang bersih dan halal. Ini penting, supaya makanan yang kita jual tu, dijamin halal dan tak basi. Bayangkan kalau basi, pembeli yang makan tu, akan sakit dan ini akan memberi kesan terhadap ibadah yang dia nak buat, kan? Dah sakit perut pulak, atau lebih teruk keracunan, ishk2, terawih kemana? Baca Al-Quran? Semua ni macam domino. Nanti tak pasai penjual, salahhh andaa :P
  2. Jaga kebersihan kedai. Pastikan kat area kedai kita bersih :D (Macam sama ngan atas pulak, eh atas cakap pasal bahan XD)
  3. Harga yang berpatutan. Kadang2, bila bulan ramadhan, harga melonjak naik, jangan, sian kat pembeli, so berpatutan la :D
  4. Jaga aurat. Penjual haruslah tutup aurat. Barulah insyaAllah apa2 yang kita buat tu, mendapat berkat. Lagipun tutup aurat kan WAJIB!
  5. Elakkan pergaulan bebas. Toksahlah nak bertepuk tampo lak ye. Jaga batas2 pergaulan. Jaga jarak anda.
  6. Solat, ni memang paling penting. Tinggalkan solat sebab bersungguh-sungguh berniaga? Stop! Solat dulu, nanti sambunglah, pentingkan rukun islam dulu. Apa guna puasa kalau tak solat, hanya tahan lapar dan dahaga je?
Jangan nak cari duit je, cari keberkatan, redha Allah dan rezeki, insyaAllah. Kalau berkat, insyaAllah sikit pun cukup, tapi kalau tak berkat, banyak macam mana pun, berjuta-juta lemon pun, masih rasa tak cukup.

Sebenarnya, semua nie, credit to TV ALHijrah, Segmen Muhasabah Diri, Tajuk "Ramadhan Bulan Rezeki" . Pukul 1 pagi, hari isnin lepas. Tengah2 tengok cerita tu, salin keypoint dan buat entri nie, harap semua dapat ambil sebanyak mungkin ilmu :D Salam ramadhan.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

15 July 2011

Dont assume

Assalamualaikum,

Hai semua, wow lama beno tak update blog, gi kenduri la, gi sana, sini, haha macam la busy sangat :D

Jom terus terjun pada tajuk entri pada kali ini, dont assume iaitu jangan mengandai, jangan pepandai buat andaian. Dalam kehidupan sehari, kalau kita tak tahu tentang sesuatu tu, atau seseorang tu, jangan la pepandai nak meng agak, sebab akan lain jadinya. Kalau melibatkan orang, hubungan daripada ok jadi ko. Contohnya, pergi ke kedai, nak beli apa2 la kan.. lepas tu, promoter tu kata, : "ye kak, boleh saya bantu?"...

Kalau perempuan, biasanya akan bercakap dalam hati "kak? awak panggil saya akak? nampak macam awak je yang kak di sini, mati mood nak beli.." haha ada tak jadi pada korang macam nie? Dan apa yang korang balas? Pada pendapat saya, y dont tukar, instead of using the word KAK, tukar la kepada, CIK, kan lebih sedap dan the word cik is universal kerana tak menyentuh bab umur. Perempuan agak sensitif bab2 umur nie ye, heee


Nie nak panggil cik ke, kak ke, mak cik ke ek? Adik la, haha (iklan jap)


Ye, kalau panggil kak, memangla nampak kita hormat dia tapi tak semestinya orang yang kita panggil kak tu lebih tua daripada kita(ni untuk situasi beli apa2 tadi). So disini saya ingin katakan, STOP ASSUMING! :D Kalau tak tahu, play safe dengan menggunakan panggilan seperti CIK.

Next, kalau kita baru pertama kali pergi ke rumah kawan2 yang kita kenal, dan tahu latar belakang dia sikit2, jangan la pepandai nak membuat andaian ye, contohnya ada orang salam kita, then terus kate "oh, nie kak dian, yang you kata rajin sangat tu(indirectly your maid)?" then kawan kita pun balas "eh, tak la, that's my sis".

Haaaaa, orang yang bertanya akan malu sendiri, sebab pepandai je cakap macam tu, adik dikatakan maid, maid dikatakan adik kah? haha Dan adik dia tu mesti la terasa, dan akan ingat orang yang kata macam tu selamanya, haha, saja je bagi exaggerate. STOP ASSUMING! Play safe by saying, "sape nie ye, rajin nya salam, :D" kan lebih manis begitu... Dan lagi satu, kena ingat, people do forgive but hard to forget. Take times you know. Situasi2 di atas hanya la sebagai contoh ye :D Peace!

K la,

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


02 July 2011

Tisu

Assalamualaikum,

Haaa mesti semua orang tahu kan ape itu tisu, ala yang anda semua guna untuk lap hingus tu,haha :D tiba-tiba nak tulis pasal tisu nie, sebab teringat masa study week, masa tu menuju ke perpustakaan (acece rajin nye :P) sampai je perpustakaan agak berpeluh gak la haha.. pastu tanya Ecah( my course-mate), ada tisu tak, then dia kate tak de...

Then tiba-tiba saya kata, perempuan sejati akan ada tisu kat dalam beg dia, sebab kegunaannya adalah untuk...
Satu, nak lap peluh
Dua, nak lap sup yang tumpah
Tiga, nak lap gincu yang comot, hahaha

Pastu kami pun cakap dengan penuh intonasi dan konon-konon nya nak buat vlog pasal tisu nie, ala2 mat lutfi, pastu bila fikir balik, oh lawak nya :D

Soalan untuk hari ini, adakah anda perempuan sejati, haha :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

19 June 2010

First Impression

Assalamualaikum,hello there...yup as stated above,i would like to talk about first impression, like how to win the first impression. But before that,for today's post,i want to write in Bahasa :) sebenarnye idea nie datang apabila sy mendapat tawaran upu, sy mendapat tawaran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Johor. Ye di Johor dan sy duduk di Perak,sangatla jauh kan.

Alhamdulillah, sy percaya di situlah rezeki saya dan itulah tempat yang terbaik untuk sy pada mase ini. Ok berbalik pada tajuk nie,sbb sy bakal masuk universiti, sy ingin kongsi pendapat sy bersama anda semua mengenai pandangan pertama atau first impression. Sy akan melalui sesi pendaftaran,insyaAllah pada 3 julai 2010 ini. Dan di situlah sy perlu memenangi pandangan pertama semua org :) Di sini sy ingin kongsikan pandangan dan cara2 sy untuk memenangi the first impression


Sebelum tu,sy percaya first impression itu penting, walaupun selalu kite dengar, "Dont judge a book by it's cover" tapi kite mmg x boleh lari drpd menilai sesuai itu. Contohnye kalau buku,buku itu berwarna warne,mesti kite rase buku tu boleh buat kite happy ataupun buku tu ade unsur-unsur hiburan,begitu juga kalau kulit depan buku tu menunjukkan gambar org yg sedang mengalirkan air mata,automatik dalam kepala kite kate buku nie mesti kisah sedih. Dan kebanyakkan penulis sendiri buat kulit depan sesuatu buku tu,berkaitan dengan tajuk dan mungkin kita boleh judge a book by it's cover.

Contoh di atas boleh juga digunakan untuk manusia,sebagai contoh cara pemakaian,kulit depan diri kita, apa yang kita tonjolkan pada orang, orang akan terus menafsir tanpa menyelidik kan? Contohnya,kalau seseorang itu memakai pakai yang hitam,gelap dan muke pun masam je, semestinya orang lain terus berkata orang itu macam misteri je..kan? ok nasihat untuk sy dan semua,utk memenagi first impression,bermula pada apa yang anda pakai
  1. Pakai sesuatu yang selesa,jangan ketat dan jangan longgar sangat,kalau boleh warna cerah. contohnye kalau nak pergi untuk hari pendaftaran,pakailah baju kurung yang berwarna cerah,tapi jangan cerah sangat sampai silau atau macam baju orang nak kahwin,tu dah lain tu :)
  2. Baju corak simple. Baju tu pun penting ye,sebab kalau boleh tak nak corak abstrak atau complicated sebab orang yang tengok pun boleh pening,walaupun kite rase,"ala abstrak je... mesti orang susah nak tafsir sy". Jangan,sebab kita nak berkawan mestila welcoming :) Kalau boleh corak yang simple dan sedap mata memandang
  3. Pakai tudung plain,kosong. Kalau yang pakai tudung,biarlah tudung tu plain,kosong,sebab kalau baju dah berbunga,biarlah tudung tu kosong kan... kalau tudung tu dah banyak corak,tudung dekat dengan muka,terus orang boleh tafsir yang kita nie serabut. Jadi,tudung plain ye :)
  4. Assesori yang sederhana,kalau boleh pakai la just one bracelet,just one,dan amalkan konsep,less is more,jangan macam orang nak jual gelang nampak,sebab banyak sangat gelang di tangan ><
  5. Kasut yang sesuai dan selesa.Kasut? Macam tak penting kan to win the first impression? hhaha, kasut pun penting tau, kalau dalam peraturan suruh pakai kasut hitam bertutup,pakaila kasut cam tu ye,tapi kalau pihak universiti tak cakap,pakaila kasut yang flat atau yang ade heels tapi sikit je. Jangan pakai kasut yang sangat tinggi sebab nanti orang lain mungkin rase inferior terhadap kita dan akan memberi impression yang not so good terhadap kita. :)
  6. Senyum... pada hari pendaftaran nanti,sy rasela,kita dapat lihat muka orang-orang yang tension dan penat menunggu hehe,jadi,kita kenalah senyum,sy percaya semua orang cuak pada hari pertama,n with smile,it helps :) bukan kena bayar pun kan :)senyum dan mulakan berkenalan,masa nie la kaut kawan banyak-banyak sebab masa nie semua orang macam dapat kawan baru dan saling tak kenal,kalau masa lain mungkin dah segan kot,mungkin,ikut keselesaan la
  7. Mulakan perbualan dengan baik.Kalau nak mulakan perbualan,mulakan perbualan dengan baik,contohla kalau orang tu nampak macam tengah emo,kalau boleh jangan kaco,takut nanti jadi lain,but kalau nampak orang tu macam ok je,tegur la,maybe boleh hilang sikit kegusaran di hati :)
  8. Jangan buat muka. Semestinya di hari pertama,ramai orang yang akan saling memandang. Nak tengok bakal kawan-kawan dia lah katakan :) Contohlah kalau seseorang tu tengok anda lama-lama,jangan buat muka macam"eh,sy x pakai baju ke?", atau pandangan macam" oit, tak pernah tengok orang ke". Contohla kalau anda buat pandangan tu,semestinya orang yang lihat anda tadi,tak jadi nak kenal dengan anda dah,haha, kalau kejadian ini terjadi, senyum je la :)