17 July 2011

By driving, can makes me older :P




Assalamualaikum,


Sila pakai tali pinggang setiap kali anda ingin menaiki kenderaan :D

Bila sebelum belajar memandu, sy suka duduk dalam kereta dan tak kisah la gi mana2 pun, seronok je, sebab dapat duduk dalam kereta. Tapi bila dah belajar memandu, dan memandu kereta tu sendiri, kena fikir jalan nak ke sesuatu tempat tanpa mengharapkan sapa2 untuk tunjukkan, haha, seronok? Ada la juga tapi lebih kepada berdikari la kan..

Kenapa tajuk entri dengan memandu kereta, boleh buat sy tua? haaaa... ini semua disebabkan...

  1. Pemandu yang kedekut nak bagi signal dan lepas tu pulak ikut perasaan sendiri, kita yang bawak kereta jadi terkejut, dan marah :D
  2. Pemandu yang bawak slow dan berada di lane laju, tapi tak nak ke tepi, haish...buat saya "happy" :D
  3. Pemandu yang apabila diberi jalan, tak tahu nak appreciate, tapi nie tak la marah sangat sebab diorang terlalu fokus on the road la kot,haha
  4. Pemandu yang menyondol kereta sy dari belakang sebab tak sabar sangat nak pergi tandas kot,haha
  5. Pemandu yang buat2 tak baca isyarat JALAN SEHALA, dan ikut perasaan buat jadi dua hala, hooo sangat la "happy"
  6. Pemandu yang bawak sangat berhemah, iaitu bawak kereta sangat la perlahan sedangkan masa tu kita tengah mengejar masa, waaa sangat la nak nangis, :D
  7. Pemandu yang tiba-tiba stare at you like you wear nothing, oh jangan la tengok pelik
  8. Pemandu yang kedekut nak bagi jalan, sedangkan kita dah tunggu lama dan makan jalan orang :P
  9. Pemandu yang teragak-agak, sat bawak kereta perlahan-lahan, pastu laju pulak, macam bawak kereta secara keliru, ermm dia keliru la kot.
  10. Pemandu yang buang sampah daripada luar tingkap kereta, ohh tu memang sangat geram dan rasa sedih sebab tak boleh nak buat apa2 untuk selamatkan bumi :( Tolongla jangan sesuka hati buang sampah merata-rata

10 perkara di atas, memang akan buat saya marah, dan marah kan boleh buat orang cepat tua. Habis la muka jadi berkerut, tak mauuu. Oleh itu, kepada sesiapa yang membaca entri ini, sila amalkan nilai2 murni ketika memandu. Elakkan 10 perkara di atas kerana anda akan buat seseorang itu menjadi orang tua kerana orang itu akan marah anda, dan anda juga bakal didoakan dengan pelbagai perkara-perkara tak baik, haha.

Dalam 10 perkara ini, paling marah sekali kalau pemandu yang buat nombor 10 tu. Sebab tak elok la buang sampah merata-rata dan bila anda buang sampah, terutamanya plastik, plastik tu akan melayang ke orang belakang kereta anda. Tak elokkk!!! Move on people. Buanglah sampah ke dalam tong sampah :D

Anda pula paling tak boleh tahan kalau orang buat nombor berapa?

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa




15 comments:

Aimifiqa said...

betul2. kdg drive pun boleh stress gak. it happened to me. geram! bab parking~ gosh. failed! manual lgla~

akoo said...

huu sume nye takleh tahan laa..
tp akoo xblaja n xreti n tak pnah pon lagi bwk kete..
hee

Syafiqa said...

Aimifiqa; haha mmg buat stress kan.. parking..erm sisi la "pandai" sgt :D

akoo; it's ok, nanti bila dah pandai drive, jadilah pemandu yang berhemah :D

Gadis said...

kene banyk bersabar yer...hihihi

tapi kalau yg plg bingit kalau org drive smbl sms atau tpon...

pastu ikut line lju...mmg hon bnyk kali la jwbnyer...

Anonymous said...

agree!!!! suka entry ni!

Elie Lily said...

Elie paling tak boleh blah pemandu yg buat jalan macam jalan dorg sendiri! haish! memang mintak kita maki hamun dalam kete sendiri! T_T

mikeyvio said...

wah..gud at driving la u! done following u. feel free 2 follow me back! :)

Syafiqa said...

Gadis; haah, sebelum masuk kereta bykkan baca doa dan bersabar, heehe.. haah yg call n sms pun sama :P

nashanadz; tq :D

Elie Lily; sangat setuju :)

Anonymous said...

sy xleh tahan kl org tu bwk BMW...sy bwk saga je...sy rasa jeles sngt!grrr....=p

ezzu said...

ezzu pun x suka kalu sikap pemandu yg mcm tu...

Syafiqa said...

Virgo; haha biasa2 je, will be a better driving as the time passed by :D btw tq sudi follow

soooooour; waa banyak nya oooo, pasal BMW tu, tak pe, setiap hari doa la supaya boleh beli BMW, tapi nak maintain la pulak, banyak $$$ diperlukan :P

ezzu; kan, buat cepat tua je, :D

miss nana said...

datang meramaikan followers kamu..^^
cik nana dtg jenguk dari blogger perak..cik nana asal dari taiping..:)
jemput follow-mollow balik ya..

Syafiqa said...

tq cik nana :D tq sudi singgah dan follow, follow cik nana balik :D happy nye

~Sya~ said...

yg ke-10 tu palinggg happyyyy...:)

Syafiqa said...

Setujuuuuuu :d haha