24 July 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53





Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat? Ok, pada entri kali ni, sy ingin meluahkan perasaan seronok dan berbangga dengan pencapaian Qari dan Qariah kita dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53 tahun ini.

Seperti yang kita semua sudahpun ketahui, alhamdulillah Malaysia telah merangkul Johan bagi kedua-dua bahagian. Tahniah sangat-sangat diucapkan kepada Qari kita, Saudara Amirahman Hj Abas iaitu dengan 89.26 markah :D dan Qariah kita, Saudari Hjh Suraya Binti Abu Hassan dengan mata 88.33 :D

Kepada negara-negara lain yang menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran ini, tahniah juga diucapkan dan anda semua memang hebat :D

Sebenarnya, bila dengar qari-qari dan qariah-qariah baca Al-Quran, sejuk sangat rasa kan :D, ye la, sedap je telinga dengar dan besarnya pahala bila baca Al-Quran. Oleh itu, jom la kita pakat2 khatam Al-Quran untuk bulan Ramadhan ni. Harap tahun ni dapat khatam lagi kan :D

So masa raya walaupun sedih Ramadhan dah pergi dan tak pasti akan sempat lagi ke tak jumpa Ramadhan akan datang, tapi gembira jugak kalau sempat khatam Al-Quran masa bulan Ramadhan, insyaAllah. Sama-sama la kita realisasikan ok. Ermm ayat dalam entri ni rasa macam skema pulak, hehe :D

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan hari-hari sebelumnya :D

Dan sekali lagi, tahniah kepada qari dan qariah Malaysia, we are very proud of both of you :D and a muslim, i'm very proud of every muslim's achievements :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

4 comments:

saya dewi said...

yepppp. tahniah untuk qari dan qariah Malaysia ^__^

nurshaf said...

tahniah, dengar hari tu, beza markah tak banyak pon ,antara naib johan dan johan beza 0.03 markah je, takpastilah qari ke qariah.he

betul, rase hening je bila dengar bacaan diorang...

*terjah dr BP Fb, org taiping kan...

ezzu said...

tahniah utk qari n qariah negara krn dpt mengharumkn nama negara dipersada dunia dlm tilawah al-quran...hehehe

Syafiqa said...

Saya dewi; yeah proud of them.


Fiq; haah yg tu utk qariah, bezakan antara Johan n naib johan.


Ezzu; sangat setuju