31 July 2011

Salam ramadhan, mesti baca dan tonton!



Assalamualaikum,

How r u? Great? Btw seperti yang kita semua tahu, ramadhan datang lagi. Alhamdulillah :D Jumpa lagi dengan ramadhan. Dan ramai yang akan buat entri mengenai bulan yang mulia ini. Sy pun tak terkecuali.

Ok, straight to the point. Bulan ramadhan datang setahun sekali je. Oleh itu, kena la terus set, apa2 yang kita nak capai dalam bulan ini.

  • Beli baju raya siap2?
  • Buat kuih raya banyak2?
  • Beli banyak juadah berbuka puasa?
  • Boleh tido lama2?
Haaaa jangan la macam tu, masa bulan nie la kita boleh fokus dan tingkatkan amalan2 kita. Syaitan digari, kalau contohla kita masih tak berubah ke arah kebaikan, maknanya there must be something wrong somewhere. Sebab mungkin nafsu tak elok dah menguasai diri. Dalam bulan Ramadhan ni, jom
  • Solat terawih :D
  • Khatam Al-Quran 30 juzuk
  • Bermaaf-maafan sesama kita
  • Berbuka puasa secara sederhana
  • Banyakkkan berzikir dan selawat
  • Kejar keberkatan, malam Lailatul Qadar, insyaAllah
  • Berzakat
Harap2 dapat la khatam lagi, aminnn. Yeah kena disiplin. Sama2 la kita memaksimakan bulan ramadhan ini sebaik mungkin,sebab kita tak tahu adakah sempat kita merasai bulan Ramadhan seterusnya.

Salam Ramadhan

Jom tengok video inianwarhadi, :D


Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

Giveaway Duo by Duniaku & Hatisamronkin




Assalamualaikum, apa khabar? :D

Sy di tagged oleh Lisya. So here it is,

Jom join GA ini, klik sini, harap ada la rezeki kali ni, tapi tarikh last ialah 31 Julai, sebelum 10 malam, so cepat2 sapa2 yang nak join.

Done following the blog, now sy nak tagged...
So enjoy!!! Btw sorry gambar sangat besar, tak tahu macam mana nk kecik kan, :P selalunya boleh, ni tak mau pulak.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


25 July 2011

Durian



Assalamualaikum,

Ye durian, haha hari ini nak cakap pasal durian. Korang semua dah makan durian ke? Sebab sekarang kan musin durian... Sedapppnyaa :D Tapi dalam ramai2 kita yang makan durian, ada je orang yang tak makan kan. Mungkin sebab bila dah bau pun pening, so memang tak boleh nak makan. Mungkin..


Smells like hell but tastes like heaven

Haaa itula yang orang putih, aka foreigner cakap :D Ye la, diorang mana penah jumpa durian. Bila datang Malaysia dan jumpa durian, diorang akan cakap yang bau dia busuk. Tapi bila diorang rasa je, terus terpikat,hehe

So dont judge a book by it's cover, dont judge a fruit by it's smell, wah dah start buat quote nie :D

Tapi satu je kelemahan la kot, bila makan durian badan akan panasss. Haaa macam mana korang atasi kepanasan tu? Adakah korang akan pasrah saja lah? Haha. Tapi kalau sy, sy akan
  • Amik biji durian yang kita dah makan tu, letak dalam mug atau cawan, lepas tu letak air dan minum
  • Amik pangsa durian tu(panggil pangsa kan :P), yang tempat ada isi durian tu, isi air kat situ dan hirup air dia...
  • Beli air cap badak tu,dan minum :D
Itu je la tips nak menghilangkan kepanasan sebab durian, yang sy tau la, sikit2 je tips pun. Kalau korang ada tips yang lain, moh le kongsi ye :D Lagi satu, jangan la makan panadol kalau rasa panas sebab makan durian, sebab nanti lagi bahaya. Tapi dari segi saintifik tu, tak pasti la kenapa, cuma panadol mungkin akan memburukkan keadaan bila kita panas sebab makan durian...

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

24 July 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53





Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat? Ok, pada entri kali ni, sy ingin meluahkan perasaan seronok dan berbangga dengan pencapaian Qari dan Qariah kita dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53 tahun ini.

Seperti yang kita semua sudahpun ketahui, alhamdulillah Malaysia telah merangkul Johan bagi kedua-dua bahagian. Tahniah sangat-sangat diucapkan kepada Qari kita, Saudara Amirahman Hj Abas iaitu dengan 89.26 markah :D dan Qariah kita, Saudari Hjh Suraya Binti Abu Hassan dengan mata 88.33 :D

Kepada negara-negara lain yang menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran ini, tahniah juga diucapkan dan anda semua memang hebat :D

Sebenarnya, bila dengar qari-qari dan qariah-qariah baca Al-Quran, sejuk sangat rasa kan :D, ye la, sedap je telinga dengar dan besarnya pahala bila baca Al-Quran. Oleh itu, jom la kita pakat2 khatam Al-Quran untuk bulan Ramadhan ni. Harap tahun ni dapat khatam lagi kan :D

So masa raya walaupun sedih Ramadhan dah pergi dan tak pasti akan sempat lagi ke tak jumpa Ramadhan akan datang, tapi gembira jugak kalau sempat khatam Al-Quran masa bulan Ramadhan, insyaAllah. Sama-sama la kita realisasikan ok. Ermm ayat dalam entri ni rasa macam skema pulak, hehe :D

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan hari-hari sebelumnya :D

Dan sekali lagi, tahniah kepada qari dan qariah Malaysia, we are very proud of both of you :D and a muslim, i'm very proud of every muslim's achievements :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

22 July 2011

Hanger Butterfly


Assalamualaikum,


Salam, hi, as for now, i'm selling shawl's hanger. I call it as the butterfly hanger.
Price: One for RM 12 and two for RM20
I also do sell the usual shawl's hanger.
Price: RM 10-each. Interested?
Do fill up your:
FULLNAME :
CONTACT NO :
EMAIL :
ADDRESS :
ITEM:

Do send me an email at syafiqa6969@gmail.com,thank you :D

Substitute



Assalamualaikum,

Apa khabar semua, hari ini saya ada satu pengumuman penting untuk saya sendiri... Dengan ini saya berjanji, akan cuba sedaya upaya saya untuk mengelakkan makan makanan Fastfood seperti McD(oh tidakk), Pizza Hut(ohhh nooo) dan KFC(ni tak kisah,haha) dan sewaktu dengannya. Macam mana badan tak naik kalau duduk rumah asyik makan, makan dan makan, hehe


not eated it, but ATE IT :D

Dan lagi satu jom sertai saya dalam program menurunkan berat badan, haha :P Jangka masa, sampai pertengahan bulan 9, sebab nak masuk universiti dah. Oleh itu, kena la nampak fit and healthy. Program ini anjuran diri sendiri, so kalau sapa2 yang nak join, maknanya diri dia sendiri yang menganjurkannya :D

Oleh itu, saya namakan program ini sebagai "Lets Fit and Healthy". Kita perlu tengok apa yang kita makan, kerana you are what you eat. And marilah kita mulakan dengan substitute makanan kita:
  1. Instead of using white sugar, change to BROWN sugar or HONEY
  2. Instead of eating white bread, change to WHOLE MEAL bread
  3. Instead of using cooking oil, change to OLIVE oil
  4. Instead of eating red meat(daging kambing dan sewaktu dengannya) change to WHITE meat(daging ayam)
  5. Instead of drinking carbonated drink, change to PURE FRUIT JUICE or MINERAL WATER
  6. Instead of eating snaks like junkfood, change to fruits like apples, bananas and etc
  7. Instead of drinking tea with sugar, change to, a cup of tea and WITHOUT sugar
  8. Instead of eating white rice, change to BROWN rice (tapi yang ini, ermmm fikir 66kali dulu ;p)
Itu je kot, buat masa ni. lepas ni akan bagitahu apa yang perlu saya buat untuk menurunkan berat badan, haha cam lawak lak tapi harap-harap saya cukup disiplin untuk ikut. Kalau nak join atau nak bagi apa2 tips lagi, silakan, memang dialu-alukan... Peace

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


19 July 2011

Bruno Mars



Assalamualaikum,

Apa khabar semua, pertamanya nak cakap terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah dan follow, terima kasih juga kepada Cik Aimifiqa yang banyak tolong dan banyak bagi tips sebagai seorang blogger, thank you :D sayang kamu banyak2 :D

Sebenarnya dah lama dah nak cakap pasal Bruno Mars, mesti semua orang kenal kan, siapa dia ni. Nama sebenar beliau ialah Peter Gene Hernandez(dari En Wiki), iaitu penyanyi yang nyanyi lagu start dengan Billionaire lepas tu
  • Just the way you are
  • Grenade
  • Talking to the moon
Lagu2 di atas antara yang sangat hit dan for me sangat la buat perempuan cair :P haha jujur betul, tapi memang betul kan, which dalam lagu Just the way you are, dia suka perempuan tu in every way which he said, coz you're amazing, just the way you are :D sangat sweet dan sangat romantik haha bila dengar lagu nie memang boleh buat perempuan tersenyum sendiri.Kalau seseorang lelaki nyanyi kat perempuan yang dia suka, perempuan tu mesti akan terharu sangat2 dan boleh nangis la :P

Lagu Grenade, menunjukkan lelaki tu sanggup buat apa sahaja untuk perempuan yang dia suka. For me, more to kegilaan seseorang lelaki tu apabila suka kat seseorang perempuan yang mengharapkan cinta perempuan tu sanggup buat apa sahaja walaupun lelaki tu yang akan sakit, tapi dalam lagu nie, perempuan tu tak akan buat the same thing mungkin sebab dia tak cintakan lelaki tu.. kan,,

Lagu Talking to the moon pulak, dia sangat sayangkan perempuan tu, dan bertapa rindunya dia, dia macam cakap dengan bulan dan mengharapkan perempuan yang dia sayang tu, dengar dan cakap balik dengan dia. Dia tak kisah orang cakap dia gila sebab pada dia, semua orang tak faham :D

So lagu2 Bruno Mars ni memang sangat sweet dan buat perempuan2 terutamanya, akan mengharapkan semua lelaki macam nie, haha :P kot laaaa Tapi kan, sy pernah baca satu buku yang bertajuk...



Kalau baca buku ini, memang banyak la info yang saya dapat, hehe tapi dalam salah satu part dalam buku ini, mengatakan bahawa, lelaki ni akan buat sesuatu yang realistik je. Mesti penah dengar ayat yang, lautan api sanggup direnangi semua tu kan? Kalau ikut buku ini, yang sanggup buat ialah perempuan. Sebab pada lelaki yang tu tak realistik.

Lepas tu saya pun berfikir, adakah lirik2 dalam lagu Bruno Mars tu, perempuan yang sanggup buat semua tu, atau lelaki? haha Tapi maybe lelaki sanggup buat yang macam lagu Grenade tu, sebab ianya realistik, kot laaa, haha

Tapi kakak saya pula kata, sebenarnya, kalau seseorang lelaki tu memang sangat sayangkan seseorang perempuan tu, apa2 pun sanggup. Lepas tu saya pulak tanya, ada ek? sapa? Haha bila fikir balik, maybe ada ramai la kot lelaki yang macam tu kat luar sana, who knows rite...

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


17 July 2011

By driving, can makes me older :P




Assalamualaikum,


Sila pakai tali pinggang setiap kali anda ingin menaiki kenderaan :D

Bila sebelum belajar memandu, sy suka duduk dalam kereta dan tak kisah la gi mana2 pun, seronok je, sebab dapat duduk dalam kereta. Tapi bila dah belajar memandu, dan memandu kereta tu sendiri, kena fikir jalan nak ke sesuatu tempat tanpa mengharapkan sapa2 untuk tunjukkan, haha, seronok? Ada la juga tapi lebih kepada berdikari la kan..

Kenapa tajuk entri dengan memandu kereta, boleh buat sy tua? haaaa... ini semua disebabkan...

  1. Pemandu yang kedekut nak bagi signal dan lepas tu pulak ikut perasaan sendiri, kita yang bawak kereta jadi terkejut, dan marah :D
  2. Pemandu yang bawak slow dan berada di lane laju, tapi tak nak ke tepi, haish...buat saya "happy" :D
  3. Pemandu yang apabila diberi jalan, tak tahu nak appreciate, tapi nie tak la marah sangat sebab diorang terlalu fokus on the road la kot,haha
  4. Pemandu yang menyondol kereta sy dari belakang sebab tak sabar sangat nak pergi tandas kot,haha
  5. Pemandu yang buat2 tak baca isyarat JALAN SEHALA, dan ikut perasaan buat jadi dua hala, hooo sangat la "happy"
  6. Pemandu yang bawak sangat berhemah, iaitu bawak kereta sangat la perlahan sedangkan masa tu kita tengah mengejar masa, waaa sangat la nak nangis, :D
  7. Pemandu yang tiba-tiba stare at you like you wear nothing, oh jangan la tengok pelik
  8. Pemandu yang kedekut nak bagi jalan, sedangkan kita dah tunggu lama dan makan jalan orang :P
  9. Pemandu yang teragak-agak, sat bawak kereta perlahan-lahan, pastu laju pulak, macam bawak kereta secara keliru, ermm dia keliru la kot.
  10. Pemandu yang buang sampah daripada luar tingkap kereta, ohh tu memang sangat geram dan rasa sedih sebab tak boleh nak buat apa2 untuk selamatkan bumi :( Tolongla jangan sesuka hati buang sampah merata-rata

10 perkara di atas, memang akan buat saya marah, dan marah kan boleh buat orang cepat tua. Habis la muka jadi berkerut, tak mauuu. Oleh itu, kepada sesiapa yang membaca entri ini, sila amalkan nilai2 murni ketika memandu. Elakkan 10 perkara di atas kerana anda akan buat seseorang itu menjadi orang tua kerana orang itu akan marah anda, dan anda juga bakal didoakan dengan pelbagai perkara-perkara tak baik, haha.

Dalam 10 perkara ini, paling marah sekali kalau pemandu yang buat nombor 10 tu. Sebab tak elok la buang sampah merata-rata dan bila anda buang sampah, terutamanya plastik, plastik tu akan melayang ke orang belakang kereta anda. Tak elokkk!!! Move on people. Buanglah sampah ke dalam tong sampah :D

Anda pula paling tak boleh tahan kalau orang buat nombor berapa?

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa




15 July 2011

Dont assume

Assalamualaikum,

Hai semua, wow lama beno tak update blog, gi kenduri la, gi sana, sini, haha macam la busy sangat :D

Jom terus terjun pada tajuk entri pada kali ini, dont assume iaitu jangan mengandai, jangan pepandai buat andaian. Dalam kehidupan sehari, kalau kita tak tahu tentang sesuatu tu, atau seseorang tu, jangan la pepandai nak meng agak, sebab akan lain jadinya. Kalau melibatkan orang, hubungan daripada ok jadi ko. Contohnya, pergi ke kedai, nak beli apa2 la kan.. lepas tu, promoter tu kata, : "ye kak, boleh saya bantu?"...

Kalau perempuan, biasanya akan bercakap dalam hati "kak? awak panggil saya akak? nampak macam awak je yang kak di sini, mati mood nak beli.." haha ada tak jadi pada korang macam nie? Dan apa yang korang balas? Pada pendapat saya, y dont tukar, instead of using the word KAK, tukar la kepada, CIK, kan lebih sedap dan the word cik is universal kerana tak menyentuh bab umur. Perempuan agak sensitif bab2 umur nie ye, heee


Nie nak panggil cik ke, kak ke, mak cik ke ek? Adik la, haha (iklan jap)


Ye, kalau panggil kak, memangla nampak kita hormat dia tapi tak semestinya orang yang kita panggil kak tu lebih tua daripada kita(ni untuk situasi beli apa2 tadi). So disini saya ingin katakan, STOP ASSUMING! :D Kalau tak tahu, play safe dengan menggunakan panggilan seperti CIK.

Next, kalau kita baru pertama kali pergi ke rumah kawan2 yang kita kenal, dan tahu latar belakang dia sikit2, jangan la pepandai nak membuat andaian ye, contohnya ada orang salam kita, then terus kate "oh, nie kak dian, yang you kata rajin sangat tu(indirectly your maid)?" then kawan kita pun balas "eh, tak la, that's my sis".

Haaaaa, orang yang bertanya akan malu sendiri, sebab pepandai je cakap macam tu, adik dikatakan maid, maid dikatakan adik kah? haha Dan adik dia tu mesti la terasa, dan akan ingat orang yang kata macam tu selamanya, haha, saja je bagi exaggerate. STOP ASSUMING! Play safe by saying, "sape nie ye, rajin nya salam, :D" kan lebih manis begitu... Dan lagi satu, kena ingat, people do forgive but hard to forget. Take times you know. Situasi2 di atas hanya la sebagai contoh ye :D Peace!

K la,

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa


02 July 2011

Tisu

Assalamualaikum,

Haaa mesti semua orang tahu kan ape itu tisu, ala yang anda semua guna untuk lap hingus tu,haha :D tiba-tiba nak tulis pasal tisu nie, sebab teringat masa study week, masa tu menuju ke perpustakaan (acece rajin nye :P) sampai je perpustakaan agak berpeluh gak la haha.. pastu tanya Ecah( my course-mate), ada tisu tak, then dia kate tak de...

Then tiba-tiba saya kata, perempuan sejati akan ada tisu kat dalam beg dia, sebab kegunaannya adalah untuk...
Satu, nak lap peluh
Dua, nak lap sup yang tumpah
Tiga, nak lap gincu yang comot, hahaha

Pastu kami pun cakap dengan penuh intonasi dan konon-konon nya nak buat vlog pasal tisu nie, ala2 mat lutfi, pastu bila fikir balik, oh lawak nya :D

Soalan untuk hari ini, adakah anda perempuan sejati, haha :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa