25 August 2011

Instant dan sangatttt sedap tapi bukan maggi




Assalamualaikum

Alahai, hari nie dah 25 ramadhan T_T. Lagi beberapa hari je nak berakhir ramadhan ni. Sedihh2. Moga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan.

Ok, dah 25 hari berpuasa ni, hari ni dah tentukan nak makan apa? Ke dah kehabisan idea? Dengan entri ni, harap membantu anda2 semua :D Sebenarnya, ni semua sebab masa tu dah lambat la jugak kalau nak masak, so terus cari kat stor makanan dan tengok apa2 yang boleh dibuat. Dan sy jumpa ini...


Instant :D


Dalam dia :D Tak pasti pulak harganya berapa.

Untuk sup, tumis bawang putih dan halia, lepas tu masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Letak garam sikit :D

Lepas tu masak ayam yang dah diperap dengan madu, sos tiram dan kicap. Sedapppp, tapi sorry la, tak tangkap gambar pulak.

Alamak, banyak la pulak yang kena buat, hehe yang instant tu nasi je :D tapi kalau ikut arahan kat belakang paket Nasi ayam instant ni, air dia letak 600ml untuk 500gram beras. Tapi tu tukar, sebab kalau sikit air, beras tak berapa lembut. So letak 6 1/2 cawan air, ikut je sukatan masak nasi macam biasa. Ikut resepi ni pun boleh, My Resepi

Siap, sedia dihidang, kari ayam babas, eh silap, nasi ayam instant tapi ayam dan sup tak instant, hehe.

Masa berbuka puasa, guess what, sy tambah nasi ni, 6-7 kali. Memang malu la nak ngaku, tapi nak kata yang instant ni, memang menjadi dan sangat SEDAPPPP :D

Haa untuk minuman pulak, minuman instant...

Perkenalkan, Lipton icetea dan Nestea


Sedapp, sejuk pulak tu :D

Sediakan air sejuk, ala2 takat botol nestea tu, dan tuang je serbuk dalam paket tu, goncang2 :D

Dulu, masa mula2 minum nestea, haaa semua air memang tak layan laaa, tapi bila start cuba Lipton icetea, alamaakk, lagi best :D. Tapi depends on anda semua, lain individu, lain kesukaan :D

Kalau nestea, ada dua jenis, dalam kotak atas ni, ada lima paket. Satu paket besar tu untuk 5 orang terus. Lagi satu, dalam satu paket plastik tu, ada 20 paket kecik, untuk seorang. :D

Kalau Lipton icetea, ada satu jenis je, ala2 macam kotak kat atas, dan ada 5 paket. Satu paket tu, untuk 5 orang kalau tak silap :D

Ops panjang lebar la pulak. Oklah hope this will helps all of you :D

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

5 comments:

cik sue ;) said...

mkanan instant skrg da sedap. xcam dulu. pendek kata hari hari xmasak..hehe

aimie amalina said...

hehehehe
bes gak makanan cepat dan tangkas ni
hihihi =]

Syafiqa said...

cik sue ;)- haah kan, jimat masa :D senang, cepat2 cepat :D

aimie amalina- betul :D selamat berbuka, hehe

Clara said...

sedap mkn instant nieh..

tp tak elok sgt..

=)

Syafiqa said...

Haah, yang original gak yang bagus, kalau sekali sekala ok lah kan :D