17 August 2011

Setiap ramadhan, makin bertambah kedai kat bazar ramadhan, kenapa???





Bazar Ramadhan, sumber google :D


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Haaa anda semua dah juzuk berapa dah? Sempat habis tak? Harap2 semua sempat la habiskan sampai 30 juzuk dan khatam sama2, insyaAllah.

Bila baca tajuk di atas, ehhhh panjang la pulak :P Tapi korang perasan tak, tahun ni, makin ramai orang berjual kat bazar ramadhan berbanding tahun sebelum-sebelumnya kan? Dan rasanya, ramadhan tahun depan, akan bertambah-tambah lagi la gamaknya. Tapi KENAPA? KENAPA? Cara soal ni, macam isu negara, macam masalah besar pulak :D

Ni cek nak habaq mai, sebab, bulan ramadhan ialah bulan rezeki. Ini terbukti apabila ramadhan tiba, hampir semua orang nak berniaga kerana pada bulan ini rezeki melimpah ruah. Kita dapat lihat, walaupun ada yang tak pernah berniaga, akan cuba belajar bab2 yang dia rasakan dia boleh buat untuk berniaga dan seterusnya berniaga. Contoh, perniagaan makanan la terutamanya, haaa kat bazar ramadhan macam lauk pauk, kuih muih, dan nak raya, mesti ada kuih raye. Lepas tu perniagaan pakaian pulak, seperti baju raya dan macam2 lagi.

Ok, sekarang nak cakap pasal bab makanan. Kepada peniaga-peniaga, dan juga bakal2 peniaga, ada beberapa perkara yang anda kena pastikan. Apa dia?
  1. Pastikan gunakan bahan yang bersih dan halal. Ini penting, supaya makanan yang kita jual tu, dijamin halal dan tak basi. Bayangkan kalau basi, pembeli yang makan tu, akan sakit dan ini akan memberi kesan terhadap ibadah yang dia nak buat, kan? Dah sakit perut pulak, atau lebih teruk keracunan, ishk2, terawih kemana? Baca Al-Quran? Semua ni macam domino. Nanti tak pasai penjual, salahhh andaa :P
  2. Jaga kebersihan kedai. Pastikan kat area kedai kita bersih :D (Macam sama ngan atas pulak, eh atas cakap pasal bahan XD)
  3. Harga yang berpatutan. Kadang2, bila bulan ramadhan, harga melonjak naik, jangan, sian kat pembeli, so berpatutan la :D
  4. Jaga aurat. Penjual haruslah tutup aurat. Barulah insyaAllah apa2 yang kita buat tu, mendapat berkat. Lagipun tutup aurat kan WAJIB!
  5. Elakkan pergaulan bebas. Toksahlah nak bertepuk tampo lak ye. Jaga batas2 pergaulan. Jaga jarak anda.
  6. Solat, ni memang paling penting. Tinggalkan solat sebab bersungguh-sungguh berniaga? Stop! Solat dulu, nanti sambunglah, pentingkan rukun islam dulu. Apa guna puasa kalau tak solat, hanya tahan lapar dan dahaga je?
Jangan nak cari duit je, cari keberkatan, redha Allah dan rezeki, insyaAllah. Kalau berkat, insyaAllah sikit pun cukup, tapi kalau tak berkat, banyak macam mana pun, berjuta-juta lemon pun, masih rasa tak cukup.

Sebenarnya, semua nie, credit to TV ALHijrah, Segmen Muhasabah Diri, Tajuk "Ramadhan Bulan Rezeki" . Pukul 1 pagi, hari isnin lepas. Tengah2 tengok cerita tu, salin keypoint dan buat entri nie, harap semua dapat ambil sebanyak mungkin ilmu :D Salam ramadhan.

Till we meet again,
xoxo
Syafiqa

2 comments:

myhatiku said...

jgn recycle mknn smlm..hee

Syafiqa said...

myhatiku; betul2 siannn pembeli kan :D ermm masak sendiri kat rumah la gamaknye :D senang, hehe